Kakak kepada penyanyi Aufahanie iaitu Efahanie meluahkan rasa sedih dan bimbang mengenai keadaan adik lelakinya, Nidza Afham yang dilaporkan hilang kira-kira jam 11.53 malam Selasa.
Artikel Berkaitan: Individu Dakwa Terserempak Abang Aufahanie Berjogging Sebelum Hilang – ‘Dia Pakai Baju Jersi Hitam Tulis Nama Apam’
Artikel Berkaitan: Abang Aufahanie Dilaporkan Hilang Selepas Keluar Joging – ‘Amm Kau Dekat Mana?’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Keluarga Laung Azan Di Kawasan Nidza Afham Hilang – ‘Ikhtiar, Balik Lah’
Sebagai kakak saya rasa teruk
Terbaru, menerusi temu bual bersama Buletin TV3, Efahanie berharap adiknya pulang ke rumah dengan segera kerana seluruh ahli keluarga sedang risau.
Kenapa Afham melarikan diri? Kita adik beradik semua rapat dan tahu masalah masing-masing. Tolong balik. Kami semua tunggu dan risau. Afham tak pernah buat macam ini. Tidur rumah kawan pun Afham bagitahu sebelum ini.
Tambah Efahanie, sebagai seorang kakak dia berasa sangat teruk pada waktu ini.
Saya sampai anxiety, muntah dan risau teruk. Tak tahu perasaan mak ayah macam mana. Saya rasa mereka patah hati. Kenapa Afham melarikan diri. Kenapa?
Video
@buletintv3 “Balik lah Afham, kami semua menunggu dan kami risau,” itu luahan kakak kepada penyanyi, Nidza Afham, 23, yang dilapor hilang selepas keluar jogging di Stadium Klang, Selangor, kira-kira jam 11.53 malam semalam. Jelas Nur Irfahanie Mokhtar, 30, keluarganya tidak berputus asa sehingga kini, terus mencari adiknya itu. **RALAT pembetulan tarikh: 14 Ogos 2024 #BuletinTV3 #beritaditiktok #NidzaAfham #keshilang
Sumber: Buletin TV3