berita

[VIDEO] ‘Tolong Mak, Tolong’ – Sempat Call, Anak Sedih Ibu ‘Rentung’ Dalam Kebakaran, Mayat Ditemui Atas Tanah

June 8th, 2021 | by Shahira
Kini Trending

Tak dapat digambarkan bagaimana perasaan seorang anak apabila mendengar jeritan si ibu meminta pertolongan akibat terperangkap dalam kebakaran. Lebih menyayat hati apabila mengetahui si ibu tidak dapat diselamatkan daripada insiden cemas itu.

‘Tolong mak, tolong mak’

Foto: Sinar Harian

Memetik laporan Harian Metro, kejadian kebakaran itu berlaku membabitkan tiga buah rumah di Kampung Losong Haji Su, Kuala Terengganu. Panik dengan situasi itu, mangsa yang dikenali dengan nama Fatimah Mohd berusia 79 tahun terus menghubungi anak perempuannya, Zailah Jusoh untuk meminta pertolongan. Meskipun begitu, mangsa tidak memberitahu anaknya bahawa rumah yang didiami bersama suami, Jusoh Muda terbakar sebaliknya hanya menjerit meminta tolong.

Tolong mak, tolong mak. Mak telefon dan berulang kali minta tolong tetapi tidak bagi tahu apa yang terjadi sebelum memintanya bersabar sementara saya bersiap.

Pada mulanya, saya ingatkan ayah yang jatuh atau tak sedar kerana kebiasaannya jika mak yang kurang sihat, ayah yang akan telefon dan begitu juga sebaliknya.

Bimbang keadaan ibu tersayang, Zailah kemudian menghubungi suaminya dan memintanya melihat keadaan ibu bapanya di rumah terbabit. Tetapi alangkah terkejutnya ketika Zailah dalam perjalanan menuju ke sana, dia menerima panggilan daripada adiknya yang memaklumkan rumah ibu bapanya itu mengalami kebakaran.

Manga 100% terbakar

Foto: Harian Metro

Setibanya di tempat kejadian, dia melihat api sudah marak dan pihak bomba sedang memadam kebakaran tersebut. Sementara itu, menurut Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu, Penolong Pesuruhjaya Bomba Md Hilman Abd Rashid, sebaik sahaja kebakaran berjaya dipadamkan, mereka menemui mangsa yang berada di atas tanah dalam kawasan rumah terbabit dengan keadaan 100 peratus terbakar.

Mangsa tidak berjaya diselamatkan manakala suaminya terselamat dan melecur pada bahagian kaki. Difahamkan, ketika kejadian, suami mangsa cuba untuk menyelamatkan mangsa namun tidak berjaya kerana keadaan mangsa yang uzur dan tidak dapat berjalan menyebabkan pergerakan terbatas.

Video

Sumber: Harian Metro, Sinar Harian, Bernama

SKIP THIS AD ×