Pelakon Eyra Hazali berkongsi keadaan anak keduanya, Muhammad Endra Haqimie selepas menjalani pembedahan tonsil, baru-baru ini.

Artikel Berkaitan: ‘Assalamualaikum Muhammad Hud Ezqandar’ – Eyra Hazali Umum Nama & Dedah Wajah Putera Ketiga

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Eyra Hazali Kecewa Dengan Sikap Segelintir Ibu Bapa Rasa ‘Terpaling’ Bagus Membesarkan Anak-Anak

‘Tolong doakan Endra cepat sembuh’

@eyrahazali21

Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Endra baru lepas operate buang tonsil yang bengkak sampai ganggu pernafasan waktu tidur. Semua tolong doakan Endra cepat sembuh ya 🤲🏻🤍

♬ original sound – DNP – DNP

Menerusi sebuah video yang dimuat naik di TikTok, kelihatan momen menyentuh hati apabila anak sulung Eyra iaitu Hayder melawat Endra yang masih berada di dalam wad sambil membawa permainan untuk adiknya.

Di ruangan kapsyen, isteri kepada pemain bola sepak negara, Haziq Nadzli itu meluahkan rasa syukur kerana urusan pembedahan tonsil anak keduanya berjalan dengan lancar.

Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Endra baru lepas operate buang tonsil yang bengkak sampai ganggu pernafasan waktu tidur. 

Dalam masa sama, Eyra turut memohon doa orang ramai agar proses pemulihan anaknya dipermudahkan dan Endra kembali sihat seperti sediakala.

Semua tolong doakan Endra cepat sembuh ya.

Komen netizen

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut mendoakan agar si kecil itu diberikan kesembuhan serta dipermudahkan urusan pemulihannya.

Tidak kurang juga yang memuji keakraban dua beradik itu, terutama Hayder yang dilihat begitu mengambil berat dan sayang terhadap adiknya.

Sumber: TikTok Eyra Hazali