Bergelar seorang anak perantau ternyata ianya adalah sebuah cabaran yang hebat bagi pelakon meningkat naik, Tracie Sinidol apabila perlu berkorban masa bersama keluarga.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Tracie Sinidol Tak Fikir Soal Jodoh, Mahu Fokus Pada Kerjaya & Banggakan Keluarga
Artikel Berkaitan: Tracie Sinidol Punca Retaknya Hubungan Persahabatan Nabil Aqil & Zarif Ghazzi?
Kematian nenek
Ketika ditemui OhBulan!, Tracie yang berasal dari negeri di bawah bayu itu tidak dapat menahan air mata apabila mengimbas kembali detik ketika mengetahui nenda tercinta sudah meninggal dunia.
Menurut aktres berusia 24 tahun itu, neneknya meninggal dunia semasa dia sedang menjalani penggambaran sebuah drama sekitar tahun lalu.
Susah, banyak dugaan yang tidak dapat dijangka dan sudah semestinya banyak momen yang saya terlepas.
Antara yang paling tidak dapat saya lupakan adalah ketika saya mendapat berita bahawa nenek saya meninggal dunia semasa saya menjalani penggambaran drama.
Tracie juga ralat kerana tidak dapat menatap wajah neneknya buat kali terakhir berikutan tiada penerbangan ke Sabah ketika itu.
Penggambaran tersebut di dalam hutan dan apa yang membuatkan saya rasa lebih sakit adalah tiada tiket penerbangan ke Sabah.
Tracie berkata demikian ketika ditemui pada sidang media drama Gadis Masa yang berlangsung di Aloft Kuala Lumpur, pada Selasa.
Demi kerjaya
View this post on Instagram
Demi peluang yang lebih baik di dalam dunia seni, bekas juara Dewi Remaja 2022 itu berkata, dia memilih untuk terus menetap di Semenanjung.
Walau bagaimanapun, keluarganya tetap menjadi keutamaan dan berusaha untuk bersama mereka setiap kali mempunyai kesempatan masa.
Saya cuba untuk menjadi seorang yang kuat demi keluarga dan buat yang terbaik supaya mereka tidak risau dengan keadaan saya di sini.
Bila ada sahaja kesempatan saya akan cuba balik ke Sabah dan luangkan masa dengan keluarga.
Dalam perkembangan lain, Tracie bersama-sama Syafiq Kyle, Mira Filzah, Bella Dowanna dan ramai lagi turut terlibat menjayakan drama bersiri terbitan Viu Originals tersebut.
Drama yang berkisarkan tentang percintaan itu akan mula ditayangkan pada 23 Januari 2025. Ia menggabungkan elemen romantik, komedi dan fantasi ditambah dengan elemen plot twist.