berita

Video Trailer Pertama Avengers: Age Of Ultron Yang Epic!

October 23rd, 2014 | by Noraniza
Filem Antarabangsa

Screen Shot 2014-10-23 at 3.56.36 PM

Sudah pasti ramai yang ternanti-nanti dengan kesinambungan filem Marvel’s The Avenger yang ditayangkan pada tahun 2012 yang lalu kan?

Ha.. Ini ada sedikit berita baik buat anda semua kerana Walt Disney Studio Motion Pictures telah mengeluarkan trailer pertama Avengers: Age Of Ultron.

Walaupun hanya diberi sneak peek yang berdurasi selama lebih kurang 2 minit itu, kami dapat rasakan filem ini bakal pecah panggung!

Screen Shot 2014-10-23 at 3.55.34 PM

Dijangka bakal ditayangkan pada bulan Mei 2015, filem ini sudah semestinya dilakonkan oleh ramai pelakon handalan seperti Robert Downey Jr., Chris Evans, Chris Hemsworth, Mark Ruffalo dan Scarlett Johansson.

Dalam Avengers: Age Of Ultron ini, Tony Starks cuba untuk memulakan program dormant peacekeeping dengan menggunakan Ultron.

Screen Shot 2014-10-23 at 3.57.56 PM

Namun, nampaknya rancangan itu tidak menjadi apabila Ultron mengenalpasti manusia sebagai musuh utama dan mahu manusia dihapuskan daripada muka bumi.

Jadi, sudah tentu Iron Man, Captain America, Thor, Hulk, Black Widow, Hawkeye bersama-sama dengan sokongan daripada Nick Fury dan Maria Hill perlu berganding bahu untuk menyelamatkan dunia kan?

Screen Shot 2014-10-23 at 4.03.11 PM

Menerusi trailer tersebut kami dapati bahawa banyak juga aksi-aksi menarik yang bakal ditonton oleh pengikut setia filem Marvel dan ia sudah tentu akan disajikan dengan sinematografi yang awesome.

Cerita banyak pun tak guna kalau tak tengok trailernya kan? Nak tahu best ke tidak, kenalah tengok trailer di bawah ni dulu.

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×