Ketika ramai di antara kita sibuk membeli-belah dan menantikan kedatangan Syawal bersama keluarga, Tropicana ingin mengambil peluang ini untuk menyebarkan kegembiraan bersama anak-anak di rumah Pusat Jagaan Cahaya Kasih Bestari. Semasa meninjau di pusat jagaan tersebut, seramai 168 orang penghuni ditempatkan di lapan buah rumah yang lain. Rata-ratanya semua terdiri daripada anak-anak yatim dan asnaf.
Kami bertanya kepada anak-anak tersebut, apa yang mereka inginkan untuk raya kali ini. Ada yang mahukan kasut, ada juga hanya meminta untuk membuat aktiviti di luar bersama rakan-rakan. Walaupun semua perkara ini kelihatan biasa bagi kita, namun ianya adalah satu keistimewaan bagi sesetengah orang.
Anak-anak Pusat Jagaan Cahaya Kasih Bestari bermain & berseronok di taman sementara tunggu waktu berbuka
Selalunya agensi kerajaan atau swasta akan memilih untuk mengadakan majlis berbuka puasa sahaja, tapi pada tahun ini syarikat pemaju, Tropicana Corporation Berhad dengan tema, ‘Detik yang dikongsi, Adalah detik yang dihargai’ membuat sedikit kelainan dengan menyediakan beberapa aktiviti yang menarik untuk adik-adik dari Pusat Jagaan Cahaya Kasih Bestari di Central Park, Tropicana Heights, Kajang. Kena tengok video ni untuk mengetahui apa aktiviti tersebut!
Jelas sekali, keseronokan di setiap raut wajah adik-adik Pusat Jagaan Cahaya Kasih Bestari dengan aktiviti yang disediakan. Walaupun berpuasa, namun mereka tetap aktif melakukan aktiviti dan juga bersemangat shopping raya di Tropicana Gardens Mall.
Lepas bergambar sebagai kenangan, adik-adik ni dibawa ke Tropicana Golf & Country Resort untuk menikmati pemandangan penuh kehijauan sambil menunggu waktu berbuka puasa.
Rambang mata bila tengok lebih 200 jenis hidangan! Walaupun letih, adik-adik ni nampak seronok.
Selain menganjurkan aktiviti dan majlis berbuka puasa, Tropicana Corporation Berhad juga menyumbangkan dana berjumlah RM10,000 untuk keperluan di Pusat Jagaan Cahaya Kasih Bestari. Semoga kita semua mendapat berkat dengan meraikan mereka yang kurang bernasib baik di bulan yang penuh keberkatan ini.
Terima Kasih Tropicana!