Seorang pengguna Twitter yang dikenali sebagai Leanna telah berkongsi pengalaman seram berdepan dengan truck mainan anak yang tiba-tiba bergerak sendiri. Difahamkan, remote control truck tersebut sudah sekian lama hilang dan tidak ditemui.
Lebih menyeramkan, sebaik sahaja suami sampai di rumah. Truck mainan tersebut ‘diam’ dan langsung tidak bergerak.
Mainan anak bergerak sendiri
Gerak sendiri la weyyyyyy dump truck nii. Remote controller dia kami cari lama dah, sebabnya husband aku mls nk main, Dani biasala dpt benda baru dia dok suruh main tu la. Buat sendiri xmau. so hsband aku sorokkan, aku pn xtau kat mana controller dia. pic.twitter.com/UEEQ32jwhJ
— Leanna Jual Pavlova? (@Leanna_AwangJoe) December 4, 2020
Menurutnya, sebelum ini suami ada menyembunyikan remote control daripada pengetahuan anak. Selepas itu, remote langsung tidak ditemui menyebabkan dia berasa hairan melihat truck tersebut bergerak sendiri.
Macam ada ‘benda’ control
Dah gerak sendiri tu aku cm eh aku terduduk atas controller dia ka, rasa lama xnmpk dh. Siotla pastu makin menjadi jadi ye. Satu rumah dia gerak ye. Tapi mmg macam ada benda yg control ye. Time ni aku dah ready nak keluaq rumah dah haha cuakla wey dhla ada babyyy pic.twitter.com/bKAVSta0fL
— Leanna Jual Pavlova? (@Leanna_AwangJoe) December 4, 2020
Pastu, aku sarung baju apa semua yg sempat. aku dok kat pagar grill pintu rumah tu. Dia macam nak mai kat akula, tadi sikit sikit ja geraknya. Ni makin sakan la wey mentang aku takut kan. Adui. Lama ye dia gerak, aku dh call hsband dah suruh balik, dia tgh otw. pic.twitter.com/d6OjyojkYG
— Leanna Jual Pavlova? (@Leanna_AwangJoe) December 4, 2020
Berasa tidak sedap hati, wanita ini terus keluar daripada rumah dan meminta suami segera pulang. Walau bagaimanapun, sebaik suami tiba di rumah, truck langsung tidak bergerak dan berada dalam keadaan statik.
Jumpa remote dalam bilik simpan baju
Tambahnya, selepas mencari dia dan suami menemui remote di dalam bilik pakaian di tingkat atas. Remote berada di bawah timbunan bantal di bilik tersebut.
Sumber: Leanna_AwangJoe