berita

[VIDEO] Tuah Adzmi Sambut Ulang Tahun Dalam Kesedihan – ‘19 Tahun Membesar Tanpa Ayah, Aku Rindu’

September 8th, 2023 | by Shahrin
Kini Trending

Tuah Adzmi

Penyanyi Tuah Adzmi menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-25 dengan perasaan sedih apabila teringat kepada arwah bapanya yang telah meninggal dunia sejak 19 tahun lalu.

Artikel Berkaitan: Berkonsep Baru & Lebih Segar, Ini Antara Perkara Menarik Tentang Program Realiti Vokal Mania!

Rindu ayah

Tuah Adzmi

Menerusi perkongsian di TikTok, Tuah berkata dia berasa cemburu apabila melihat orang lain dibesarkan dengan penuh kasih sayang dari seorang bapa. Sedangkan, dirinya perlu berjuang seorang diri untuk meneruskan kehidupan.

Jam 12 malam ini (7 September) genap 25 tahun perjalanan hidup aku, namun 19 tahun aku membesar tanpa pelukkan dari seorang insan yang ku gelar ‘ayah’.

Sesungguhnya aku cemburu melihat mereka yang lain, mereka yang dilindungi oleh insan yang bernama ‘ayah’.

Sedangkan aku berjuang sendiri untuk meneruskan kehidupan sebagai seorang lelaki, tapi aku rindu.

Dalam pada itu, Tuah mendedahkan dia pernah dipukul ketika usia kecilnya. Namun tetap kuat dan bangkit setiap kali mengingat semula pesanan arwah bapa tercinta.

Aku pernah dipukul dan dipijak ketika aku masih belum bersedia. Namun aku bertahan atas bisikan dari ayahanda sebelum dia meninggalkan kami sekeluarga, ‘Kalau ayah dah tak ada nanti tolong lindung mama, Tuah anak lelaki kan?’

Biarpun aku mendengar bisikan itu ketika baru berumur enam tahun, aku tak pernah sangka kata-kata itu akan segar di fikiran aku selama 19 tahun.

Terima kasih ayah, Tuah akan selalu menjaga bidadari ayah sampai hujung nyawa Tuah. Tuah janji.

Pada perkongsian sama, pelantun lagu Insan Kau Cinta itu turut memuat naik foto dia bersama arwah bapanya.

Sementara itu, rata-rata wargamaya yang singgah ke ruangan balas turut berasa sebak membaca coretan Tuah.

Dalam masa sama, wargamaya turut memberikan kata-kata semangat kepada penyanyi itu dan minitipkan doa buat arwah bapanya.

Video

@tuahadzmiJam 12 malam ini genap 25 tahun perjalanan hidup aku, namun 19 tahun aku membesar tanpa pelukan dari seorang insan yang ku gelar “Ayah”. Sesungguhnya aku cemburu melihat mereka yang lain, mereka yang dilindungi oleh insan yang bernama “Ayah”. Sedangkan aku berjuang sendiri untuk meneruskan kehidupan sebagai seorang lelaki. Aku pernah dipukul dan dipijak ketika aku masih belum bersedia. Namun aku bertahan atas bisikan dari ayahanda sebelum dia meninggalkan kami, “Kalau ayah dah tak ada nanti tolong lindung mama, Tuah anak lelaki kan?”. Biarpun aku mendengar bisikan itu ketika baru berumur 6 tahun, aku tak pernah sangka kata2 itu akan segar di fikiran aku selama 19 tahun. Terima kasih ayah, Tuah akan selalu menjaga bidadari ayah sampai hujung nyawa Tuah. Tuah janji ??? original sound – mymy


Sumber: TikTok

SKIP THIS AD ×