berita

[VIDEO] Tukang Cat Tergantung ‘Tak Bertali’ Di Tingkat 26 Kondominium

November 2nd, 2021 | by Shahira
Kini Trending

Seorang wanita Thailand tergamak memotong tali keselamatan dua tukang cat ketika individu berkenaan melakukan kerja di tingkat 26 di sebuah kondominium.

Potong tali tukang cat

Foto: BCNN1

Memetik laporan media Thailand, penghuni rumah berkenaan bertindak memotong tali keselamatan dua tukang cat berkenaan kerana berang melihat pekerja berkenaan berada di luar biliknya.

Bukan itu sahaja, suspek mendakwa dia langsung tidak dimaklumkan mengenai pengubahsuaian dan penyelanggaraan yang berlaku di luar bangunan kondominium tersebut walhal notis sudah ditampal oleh pihak pengurusan.

Tergatung di tingkat 26

Foto: KXXV

Salah seorang tukang cat yang dikenali dengan nama Song memaklumkan dia dan rakannnya turun dari tingkat 32 untuk membetulkan keretakan pada bangunan tetapi setibanya di tingkat 30, mereka berasa tali keselamatan yang digunakan lebih berat.

Alangkah terkejutnya apabila mereka menjenguk ke bawah dan melihat penghuni di tingkat 21 bertindak memotong tali keselamatan tersebut.

Berikutan daripada itu, kedua-dua individu ini tergantung di tingkat 26 sebelum berjaya diselamatkan. Menurut sumber, pada awalnya suspek menafikan tindakannya itu namun pihak polis berjaya mengesan cap jari suspek pada tali yang terputus selain bukti rakaman kamera litar tertutup (CCTV). Jika sabit kesalahan, suspek boleh dijatuhi hukuman penjara selama 20 tahun atas pertuduhan cubaan membunuh.

Video

Sumber: KXXV, Insider Paper

SKIP THIS AD ×