berita

[VIDEO] Tukar RM1K Dapat RM550, Ini Taktik Penipuan Terbaru Sindiket Wang.. Memang Licik

March 7th, 2017 | by Shafika
Kini Trending

ohbulan-sindiket sabah

Zaman sekarang ni pelbagai cara penipuan untuk mendapatkan wang dengan cara salah. Oleh itu korang kena lebih berwaspada dan jangan mudah terpedaya dengan orang sekeliling

Seperti perkongsian kali ini, sindiket penipuan dengan cara penukaran wang yang banyak. Memang licik betul apa yang dilakukan oleh lelaki ini.

Tukar duit dalam nilai banyak

Posted by Acuu Suzie on 5hb Mac 2017

SENDIKIT PENIPUAN LELAKI SABAH !

MODUS OPERANDI : NAK TUKAR DUIT DLM NILAI YG BANYAK !

Dlm beringat akhirnya terkena jugak .. ALLAHU ! Mereka berkumpulan . Dekat sini 3org . kejadian hari sabtu jam lebih kurang 5.40ptg.

Video pertama : lelaki berbaju kemeja pergi dekat kedai kakak saya jaga utk menukar duit not rm100 kpd rm50/50 bernilai rm1k tapi kakak saya tak bagi tukar

Rm450 lesap lepas kekeliruan

Posted by Acuu Suzie on 5hb Mac 2017

Video kedua : di kios saya yg jaga .. Lelaki berbaju putih dtg kpd saya utk tujuan yg sama . Tapi tak tahu knapa saya bagi jee. lepas tu dia kata dia nak kira dlu . Lepas dia kira , dia ckp dgn saya “saya tak nak yg mcm nie (not rm50 milik saya) tapi nak yg mcm nie (dia tunjukan not rm20 miliknya) kalau takde tak pe lah bgi balik duit saya ” . Dlm masa yg sama lelaki yg pakai cap tuu buat² jadi cust pastu nak cepat .. Org tgh ckp sama tumbas dia berckp (cuba utk kelirukan saya) . Pada waktu tu lelaki baju putih tu pulang kan separuh drpd duit sy dgn cara lapik kan duit rm20 miliknya . Lepas 5minit sy kira duit tu tapi malangnya rm450 milik saya lesap .. Rm450 mungkin tak byk bg sesetengah org .. Tapi bagi saya dgn ekonomi yg mcm niee , nak dpt kan rm100 pun susah tau.

Masih aktif di Melaka

laporanpolis
Laporan polis sudah dibuat . Pihak polis kata 2hri sebelum ada kejadian yg sama di dataran pahlawan .

p/s : SENDIKIT BERKENAAN MASIH AKTIF DI SEKITAR MELAKA . MINTA PERHATIAN KPD YG BERKERJA DI MALL ATAU DI MANA SHJ , JGN BAGI TUKAR DUIT KPD SESIAPA YG TAK DIKENALI . SILA SHARE SUPAYA TAK ADA LAGI YG TERKENA

Video & tmpt kejadian di KEDAI JAMU&KOSMETIK TITIAN DESA ENT MELAKA SENTRAL.

Sumber : Acuu Suzie

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×