Foto: Sekadar Hiasan
Di platform media sosial TikTok, tular satu trend apabila suami dicabar untuk minum susu badan isteri semata-mata mahu melihat reaksi mereka terhadap rasanya.
Artikel Berkaitan: Tya Arifin Manfaatkan Ilmu ‘Breastfeeding’, Selesa Jaga Sendiri Anak Bongsu – ‘Susu & Semua Keperluan Saya Sediakan’
Artikel Berkaitan: Berjaya Hasilkan Susu Badan Tanpa Mengandung, Wanita Kongsi Perjalanan Sehingga Ada 3 Anak Susuan
Hukum minum susu isteri
@jimantomarcelo Boleh ke suami minum susu isteri? – Ustaz Azhar Idrus #fardhuain #ibadah #tazkirah #ceramahpendek #soaljawabagama #ustazazharidrus #longervideos ? original sound – jimantomarcelO
Trend tersebut turut dilakukan oleh seorang pempengaruh media sosial yang kini masih dalam tempoh berpantang selepas melahirkan bayi pertama mereka, baru-baru ini.
Perkongsian itu mengundang perdebatan dalam kalangan warganet yang mempersoalkan tindakan tersebut selain tertanya-tanya apakah hukum suami meminum susu badan isteri.
Susulan daripada itu, sebuah video penjelasan oleh pendakwah terkenal, Ustaz Azhar Idrus, kembali mendapat perhatian.
Beliau menjelaskan bahawa dari sudut hukum Islam, tidak haram bagi seorang suami untuk minum susu isterinya.
Dalam perkahwinan, suami dianggap sebagai ‘tuan’ kepada susu isterinya, jadi dia tidak perlu meminta izin untuk minum.
Namun, jika isteri mahu menyusukan bayi orang lain, dia perlu mendapatkan keizinan suami kerana susu itu dianggap hak suaminya.
Dari perspektif fiqh, para ulama juga menyatakan bahawa susu ibu tidak mengubah hubungan mahram antara suami dan isteri. Oleh itu, tidak timbul isu hubungan susuan yang boleh menyebabkan pertalian mahram antara mereka.
Bagaimanapun, umat Islam digalakkan untuk menjaga maruah dan kesopanan dalam rumah tangga selain mengelakkan daripada melakukan sesuatu perkara yang menimbulkan kekeliruan atau mencemarkan imej Islam.
Sumber: TikTok