Di kala nama pasangan usahawan Datin Vivy Yusof dan Datuk Fadzaruddin Shah Anuar menjadi bualan susulan isu kerugian pelaburan dana awam, tular kembali potongan video memaparkan pempengaruh, Mirzan Johor yang mendedahkan harga beberapa beg kepunyaan usahawan itu di media sosial.
Artikel Berkaitan: Vivy Yusof & Suami Tampil Mohon Maaf, Letak Jawatan Dalam FashionValet – ‘Sudah Tiba Masa Kami Undur Diri Dari Perniagaan’
‘Total’ beg berharga RM320k
Menerusi perkongsian di aplikasi X, pengguna yang dikenali sebagai Aliff Ahmad memuat naik semula video Mirzan yang memaklumkan bahawa jumlah bagi empat buah beg tengan kepunyaan Vivy mencecah RM320,000.
Beg pertama ini ialah ‘Hermes Birkin’ saiz 30 berwarna biru dan harga beg ini dalam Rm100,000 sahaja.
Agak ganaslah kalau beg macam ini anda bawa pergi ‘travel’. Jadi, saya sangat menghormati Vivy kerana berani memiliki beg berwarna ini.
Okay baiklah beg (kedua) ini saiznya adalah sama dengan beg berwarna biru tadi tetapi disebabkan warna dan juga bahan yang digunakan agak mahal jadi harganya dalam RM136,000.
Jadi sama-sama kita kira guna kalkulator berapa jumlah harga beg tangan Vivi.
Yang pertama RM136,000, beg yang kedua berharga RM100,000, yang ketiga adalah RM57,000 dan yang keempat berharga RM28,000. Jumlah keseluruhan harga beg tangan Vivy ialah RM320,000.
Hantaran tersebut kemudiannya meraih perhatian ramai yang rata-ratanya mula membangkitkan isu mengenai kerugian pelaburan dana awam melibatkan syarikat kendalian Vivy dan suaminya di ruangan komen.
Terdahulu, Khazanah Nasional Bhd dan Permodalan Nasional Bhd (PNB) mengalami kerugian sebanyak RM43.9 juta.
Ia merupakan hasil penjualan pegangan minoriti dalam platform e-dagang fesyen, Fashion Valet Sdn Bhd.
Susulan itu, warganet mendesak Vivy dan Fadza untuk memberi penjelasan berikutan isu kerugian pelaburan berkenaan.
Vivy dan Fadza kemudiannya mengambil keputusan untuk melepaskan jawatan mereka di dalam syarikat FashionValet menerusi satu hantaran yang dimuat naik di Instagram (IG).
Vivy dan Fadza juga mengakui kesilapan yang telah dilakukan sekaligus mengambil tanggungjawab sepenuhnya di atas kegagalan berkenaan.
Video penuh
Sumber: Aplikasi X, YouTube Mirzan Johor