Di kala nama penyanyi, Yasin Sulaiman menjadi bualan hangat susulan hukuman penjara seumur hidup yang diterima, tular kembali sepotong video lama komposer itu yang ditemu bual Melodi sekitar 15 tahun lalu.
Artikel Berkaitan: Yasin Sulaiman Dipenjara Seumur Hidup & 16 Sebatan
Hidap masalah gangguan bipolar
@m.firdausgais #yasinsulaiman #ceritaartismalaysia #fyp??viral ? original sound – ? ????? ?
Menerusi temu bual tersebut, wartawan Melodi TV3, Nas Ahmad menemu bual Yasin yang baru sahaja pulang selepas mendapatkan rawatan selama dua minggu di wad psikiatri Hospital Canselor Tuanku Mukhriz UKM (HCTM) akibat gangguan emosi dan tekanan jiwa.
Menurut Yasin, setelah mendapatkan rawatan, pihak hospital mengesahkan dirinya berdepan masalah gangguan bipolar.
Waktu itu kecoh dan ramai yang terkejut bila dapat tahu saya masuk wad psikiatri, memang ramai orang datang waktu itu.
Itu merupakan satu pengalaman yang susah saya nak gambarkan. Doktor yang merawat saya maklumkan bahawa saya berdepan dengan masalah gangguan bipolar sebab terlalu berasa tertekan.
Gangguan bipolar ini dia ada satu tahap yang membuat fikiran kita ini meracau, minda tak boleh berhenti berfikir dan tidur pun hanya sekitar tiga jam sehari.
Tambah Yasin, gangguan bipolar yang dihadapi tidak sehingga mengamuk dan mencederakan orang lain sebaliknya hanya ‘berperang’ dengan dirinya sendiri kerana tidak mendapatkan rehat yang cukup.
Kiranya saya ‘berperang’ jugalah dengan jiwa saya ini cuma tidaklah sampai mengamuk ke apa.
Kalau mengamuk pun di media sosial sahaja. Itu pun, saya sendiri tak ingat apa yang saya ‘upload’. Tapi bila dah okay dan baca balik apa yang saya tulis itu, saya pun malu.
Mungkin masa itu terlalu lama di depan cahaya dan terasa seperti ada kuasa-kuasa jahat yang membuatkan saya tertekan dan stres sehingga saya rasa macam nak ubah dunia waktu itu.
Pesan jumpa pakar psikiatri
Di akhir temu bual, pelantun lagu ‘Mimpi Laila’ ini memaklumkan dirinya semakin pulih daripada gangguan bipolar yang dihadapi.
Yasin juga menyarankan kepada mereka yang mempunyai masalah tekanan mental untuk merujuk kepada pakar dan mendapatkan rawatan.
Setelah saya menjalani rawatan selama dua minggu, Alhamdulillah saya semakin pulih.
Dan sebenarnya masalah tekanan ini berpunca daripada ‘chemical balance’ yang tak teratur jadi kalau kita dapatkan rawatan, insya-Allah ia dapat seimbangkan balik.
Kalau nak diikutkan, sebenarnya ramai rakan di sekeliling saya yang mengalami masalah tekanan dengan kehidupan.
Jadi, saya sangat sarankan untuk berjumpa dengan pakar psikiatri. Jangan takut dan jangan anggap bahawa kalau jumpa psikiatri bermakna kita gila.
Anggaplah pakar psikiatri ini seperti seorang kaunselor.
Dalam pada itu, Yasin berharap agar ilmu tentang masalah kesihatan mental ini dapat ditingkatkan dalam kalangan komuniti di masa akan datang.
Di Malaysia ini (ketika itu) masih belum ada ilmu mengenai cara nak atasi masalah tekanan. Saya harap orang akan lebih faham mengenai masalah yang berkaitan dengan tekanan di masa akan datang.
Sekadar info, Yasin Sulaiman didapati bersalah atas tiga kes dadah dan dijatuhi hukuman penjara seumur hidup serta 16 sebatan oleh Mahkamah Tinggi pada 22 Ogos lalu.
Sumber: TikTok