berita

[VIDEO] Tumpah Air Mata Jantan Bila Kucing Kesayangan ‘Pergi’

December 9th, 2020 | by Arini Saleh
Video Popular

Pencinta kucing semestinya dapat merasai betapa peritnya kehilangan binatang peliharaan. Lebih-lebih lagi apabila kehadiran mereka selama ini mengubat luka dan kesunyian di hati.

Seperti perkongsian video di Tiktok ini, seorang lelaki dilihat menangis teresak selepas kucing kesayangannya gagal diselamatkan.

2 jam cuba selamatkan

Menerusi video berdurasi 2 minit dan 22 saat, lelaki ini mendedahkan kucing yang diberi nama Chiko disengat haiwan berbisa. Melihat dirinya yang berada dalam keadaan lemah, lelaki ini cuba memberi bantuan pernafasan. Chiko menghadapi masalah apabila pernafasannya on off.

Walau bagaimanapun, selepas dua jam cuba membantu, lelaki ini akhirnya berputus asa dan menangis semahunya. Hatinya sangat sebak tatkala melihat keadaan Chiko yang terpaksa bertarung nyawa dengan nafas yang tersekat-sekat. Katanya lagi, selama ini Chiko adalah semangat barunya selepas beberapa ekor kucing peliharaan mati. Chiko juga memberi semangat untuk dia terus menjaga kucing-kucing jalanan yang lain.

Pernah merasai

Di ruangan komen, rata-rata turut meluahkan rasa pilu melihat situasi sukar tersebut. Malah, ada dalam kalangan mereka pernah merasai kehilangan.

Sumber: Hisham Romzi

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×