Di kala usianya sudah menginjak 99 tahun, bekas Perdana Menteri keempat dan ketujuh Malaysia iaitu Tun Dr. Mahathir dilihat masih lagi bersemangat dan kuat untuk menjalani kehidupan seharian.
Artikel Berkaitan: Hanya ‘Follow’ Khairul Aming Di TikTok, Netizen Puji Tun Mahathir ‘Support’ Anak Melayu
Pandu kereta sebelah tangan
@amofficialmy Test drive Proton S70 #proton #protons70 @protoncarsofficial @chedetofficial @comel1studio ? Intense Hollywood movie style trailer music – Shota Low Matsumoto
Terbaharu, tular satu video memaparkan Tun Mahathir sedang memandu kereta jenis Proton S70 di sekitar jalan di ibu kota.
Apa yang menarik perhatian ialah, Tun yang terkenal dengan gelaran Che Det itu hanya memandu dengan menggunakan sebelah tangan sahaja.
Memandu dengan gayanya pada usia 99 tahun.
‘Test drive’ Proton S70.
Lebih membanggakan, Tun memilih untuk mendengar radio nombor satu negara, Hot FM ketika dalam perjalanan.
Hantaran tersebut telah tular dan meraih perhatian wargamaya yang rata-ratanya kagum melihat keupayaan Tun yang masih lagi mampu untuk memandu.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mendoakan agar Tun dipanjangkan umur dan diberikan kesihatan baik untuk menjalani kehidupan seharian.
Komen netizen
Sumber: TikTok Adam Mukhriz