Di Instagram, pelakon dan usahawan, Tya Arifin memberitahu dia pernah mengalami keguguran sebelum hamil anak yang ketiga sekarang.
Artikel Berkaitan: Tekaan Netizen Tepat! Tya Ariffin Umum Hamil Anak Ketiga
Artikel Berkaitan: Tya Arifin Didakwa Nampak ‘Baby Bump’, Dibanjiri Ucapan Tahniah Bakal Timang Anak Ketiga?
Artikel berkaitan: [VIDEO] ‘Meninggalkan Negaraku, Melawan Stigma Negatif Ketika Bernikah Dengan Lelaki Dari Negara Seberang’ – Tya Arifin
Artikel berkaitan: Tya Arifin Dedah Pernah Timbul Rasa Takut Nak Jumpa Datuk K, Puji Peribadi Siti Nurhaliza Di Rumah Tak Pernah Tinggi Suara
Akhir bulan Januari
Menerusi sebuah video yang dikongsikan, Tya memberitahu dia pernah hamil anak ketiga pada tahun lalu namun, rezeki untuk menimang anak pada masa itu tidak kesampaian dek kerana mengalami keguguran.
Akhir Januari. Sebenarnya pada saat bercuti bersama anak tahun lalu Tya sudah pregnant tapi tak tahu. Patutlah masa tu bila berjalan kaki biasanya larat, tapi rasa cepat penat. Gendong Ara pun tak boleh lama, tak larat. Jadi semasa di Turkey yang Tya saja check, kerana datang bulan lambat, jadilah video ini untuk kenangan.
Ya, Tya mengalami keguguran saat itu ketika pulang ke Malaysia.
Menurut Tya, dia mempunyai matlamat iaitu mahukan tiga orang anak sebelum usianya menginjak 30 tahun.
Saat dapat tahu pregnant saat bercuti itu, gembira Alhamdulillah. Tapi selepas pulang ke Malaysia, kejadian itu terjadi. QadarAllah. Tak pernah rasa kehilangan, jadi Tya sekarang Tya faham perasaan ibu yang juga keguguran apatah lagi ibu yang berjuang garis dua.
Tambah Tya, sejak mengalami keguguran, dia sangat memahami perasaan golongan isteri yang sedang berjuang mahu mendapatkan zuriat.
MashaAllah kalian sangat kuat. Awal mula rasa sedih, Beberapa hari, sudah mulai menerima redha dan ikhlas. Allah akan bagi pada saat yang tepat. Amin.
Kisah sebelum Tya mengandung kali ini
View this post on Instagram
Berbicara lebih lanjut, Tya berkata, dia bersyukur kerana diberi rezeki untuk mengandung semula selepas keguguran tempoh hari.
Sumber: Tya Arifin