Pempengaruh media sosial dan usahawan, Tyra Kamaruzzaman meluahkan rasa kecewa dengan tindakan segelintir orang yang sesuka hati memegang perutnya di tempat awam.
Artikel penuh: [VIDEO] Teka Teki Akhirnya Terjawab! Tyra Kamaruzzaman Dedah Kini Berbadan Dua
Tolong jangang pegang!
@ohbulanofficial Tyra Kamaruzzaman tak selesa tiba-tiba orang sentuh perut dia. Min pun sama! ?? #ohbulan #sembangentertainment #tyrakamaruzzaman #tak #selesa #orang #sentuh #perut ? original sound – OHBULAN!
Menerusi perkongsian di Instagram Story (IG Story), Tyra memberikan pesanan agar mereka tidak mengulangi tindakan sama lagi.
Ini adalah satu pesanan yang sangat penting.
Jika anda bukan ahli keluarga, sahabat rapat atau bukan saya sendiri yang pelawa letak tangan anda di perut saya, minta jasa baik untuk tidak sesuka hati sentuh perut saya.
Saya sendiri tak suka orang sentuh rambut saya apatah lagi sentuh perut saya.
Menurut Tyra, dia akan mendoakan seseorang itu mempunyai anak namun tidak bersetuju jika perutnya dipegang sesuka hati oleh orang yang tidak dikenali.
Apa yang membuatkan anda fikir adalah okay untuk anda sentuh perut saya sesuka hati? Lebih-lebih lagi apabila saya tidak mengenali anda.
Tak kisahlah apa pun sebabnya. Awak nak pegang sebab kenan nak ada anak ke, saya akan doakan tetapi jangan sentuh perut saya sesuka hati.
Sekadar pesanan
Sementara itu, pempengaruh berusia 25 tahun itu menjelaskan sebab utama dirinya memuat naik video tersebut di IG Story.
Menurut Tyra, ramai ibu mengandung di luar sana yang berdepan dengan situasi yang sedang dihadapinya itu.
Kepada mereka yang ‘menghantar’ cinta, terima kasih sangat kerana saya memerlukannya.
Namun, malangnya ramai ibu di luar sana melalui perkara yang sama seperti saya tidak kiralah pempengaruh atau tidak.
Saya dapati ramai orang menyentuh perut tanpa persetujuan mereka ini juga adalah peringatan untuk anda jangan sentuh walaupun anda berniat terbaik.
Seeloknya, jangan sentuh sesiapa tanpa persetujuan wanita sama ada mereka mengandung atau tidak.
Dalam pada itu, dia juga menitipkan ucapan terima kasih kepada orang ramai yang memahami apa yang cuba disampaikannya.
Sebab saya kongsikan video itu adalah kerana ramai orang yang tidak saya kenal datang secara rawak kepada saya dan menyentuh perut tanpa kebenaran saya.
Betul-betul hanya berjalan ke arah saya dan menyentuh perut saya. Sangat penat untuk saya memberitahu orang ramai untuk tidak menyentuh perut saya.
Saya gembira kerana ramai orang memahami apa yang cuba saya sampaikan dan saya hargai kasih sayang anda untuk saya dan bayi.
Terdahulu, Tyra meraih perhatian ramai apabila berkongsi dirinya kini berbadan dua menerusi hantaran di IG pada 3 Ogos lalu.
Untuk rekod, Tyra dan suaminya, Emran Rijal mendirikan rumah pada 3 Mei lalu.
Sumber: Instagram Tyra Kamaruzzaman