Bekas penyampai radio, Tyzo Xander mendedahkan dirinya pernah menjadi mangsa gangguan seksual apabila diraba oleh seorang individu.
Artikel Berkaitan: Tyzo Xander Tunjuk Bukti Kedudukan Rating Sebenar, Suria Cinta Paling Corot?
Artikel Berkaitan: ‘Setiap Minggu Pendengar DJ Lin Antara Tertinggi, Tiada Sebab Untuk Dipecat’ – Pengerusi Stesen Radio
Diraba dalam kereta
Menurut, Tyzo atau nama sebenarnya Tuah Zulqarnain Idris, kejadian tersebut berlaku di dalam kereta beberapa tahun dahulu.
Pernah di raba. Itu cerita lama. Bukan dekat konsert. Kejadian itu berlaku dalam kereta.
Tyzo mendedahkan hal berkenaan selepas diajukan soalan daripada pengemudi saluran podcast @OkLetsGo yang bertanyakan pernah atau tidak dia berdepan pengalaman diganggu peminat.
Selain Tyzo, saluran podcast yang dikendalikan oleh Dzar Ismail, Dyn dan Raja Azrie itu turut mengundang Shuk Sahar sebagai tetamu.
Pun begitu, Tyzo tidak mendedahkan identiti pelaku tersebut.
Terdahulu, nama Tyzo menjadi kecoh di laman sosial selepas kontraknya bersama stesen radio Suria FM ditamatkan selepas lapan tahun berkhidmat.
Pengurus Besar stesen radio berkenaan, Roslinda Abd. Majid atau dikenali sebagai DJ Lin berkata, keputusan dibuat sebagai langkah merangka strategi dan perancangan baharu bagi 2024.
Video
@okletsgo.sg APEEEE??? TYZO DIRABA DALAM KERETA???? ??? DENGAR DAN TONTON PODCAST PENUH DI SPOTIFY DAN YOUTUBE KAMI DI ?? OKLETSGO ??? #okletsgo #okletsgo #okletsgosg #fyp #fypsg #fypmy #podcast #radio #podcast #viralmalaysia?? #suriafm #tyzoxander #shuksahar #berita #fyp? ? original sound – OKLETSGO
Sumber: TikTok