berita

[VIDEO] Ubah Haluan Secara Melintang, Pelajar Maut Angkara Pemandu Mabuk

September 22nd, 2020 | by Arini Saleh
Kini Trending

Seorang pelajar tingkatan lima meninggal dunia selepas dirempuh kenderaan jenis Perodua Myvi di Jalan Raja Laut Kuala Lumpur. Memetik laporan Berita Harian, mangsa, Muhammad Hazeq Hakimi Romli yang menunggang motosikal Yamaha Y15 mengalami kecederaan parah di kepala.

Ubah haluan secara melintang

Di Twitter, seorang individu memuat naik rakaman video kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan pemandu kereta keluar secara tiba-tiba dan melintang ke lorong di hadapan. Penunggang motosikal tidak dapat mengelak lalu merempuh bahagian depan kenderaan tersebut.

Paras alkohol melebihi paras dibenarkan

Menurut Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya, pada kejadian jam 3 pagi itu, pemandu Myvi keluar dari susur Jalan Sri Amar Chow Kit mengubah laluan untuk ke Lorong Tiong Nam.

Pada masa sama penunggang motosikal yang bergerak lurus di Jalan Raja Laut gagal mengelak dan melanggar pintu sisi depan bahagian kiri Myvi berkenaan.

Pemandu Myvi diarahkan menjalani ujian pernafasan menggunakan alat Evidential Breath Analyzer (EBA) dan didapati paras alkohol dalam tubuhnya melebihi paras dibenarkan.

Lelaki berusia 36 tahun yang bekerja sebagai pelatih anjing itu kini direman empat hari bagi membantu siasatan.

Tambahnya lagi, kes disiasat mengikut Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber : Mohd Redzuan Abdul Manap , Berita Harian

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×