berita

[VIDEO] Ubai MZ Kena Saman Parkir, Beri Cadangan Sebarkan ‘Awareness’ Pasal Sistem Bayar Online

January 18th, 2024 | by Shahrin
Kini Trending

Ubai MZ

Pempengaruh media sosial Ubai MZ berkongsi pengalamannya yang dikenakan tindakan saman atas kesalahan tidak mempamerkan kupon parkir kenderaan dalam kejadian yang berlaku pada Khamis.

Artikel Berkaitan: Ubai Rindu Ucapan ‘Birthday’ Daripada Arwah Ibu – ‘Pagi 10 Januari Dia Akan Kejut & Cium Saya, Tanya Nak Makan Apa’

Artikel Berkaitan: ‘Di Sebalik Semua Trauma, Kami Masih Berhak Untuk Mendapat Peluang Bahagia’ – Shila Amzah

Tak tahu parkir berbayar

Ubai MZ

Menerusi hantaran di TikTok, Ubai berkata dia tidak mengetahui bahawa kawasan tersebut merupakan kawasan parkir berbayar.

Dakwanya, dia tidak melihat sebarang papan tanda atau kenyataan. Malah, dia mendakwa tiada ejen yang menjual kupon parkir di sekitar kawasan berkenaan.

Pagi Khamis saya kena saman dengan pihak Majlis Pembandaran. Mereka buka khemah depan kereta saya untuk pembayaran kompaun dan mereka saman saya di situ.

Kesalahan saya adalah tempat parkir itu sepatutnya perlu bayar, tetapi saya lihat tempat itu tiada ejen menjual kupon parkir. Malah tiada papan atau tanda yang menunjukkan cara membayar parkir di mana-mana aplikasi.

Apabila saya sudah dapat surat saman, di surat itu baru tertera di mana saya boleh lakukan pembayaran kupon parkir.

Justeru, suami kepada penyanyi Shila Amzah itu memberi cadangan kepada pihak Majlis Pembandaran untuk meletakkan papan tanda yang menunjukkan kawasan tersebut merupakan parkir berbayar.

Saya hanya ingin cakap sekiranya tempat atau kawasan itu merupakan parkir berbayar, minat tolong adakan papan tanda yang mudah dilihat terutama mereka yang datang mengunjugi kawasan tersebut.

Kadang kala kesian dekat mak cik atau pak cik datang nak makan atau ada urusan di situ tidak tahu bahawa tempat parkir itu berbayar. Setidaknya ada ejen kupon di situ.

Ini sekadar cadangan daripada saya kepada pihak majlis pembandaran. Sebab saya rasa mungkin masih ramai yang tidak tahu ada aplikasi yang digunakan untuk bayar kupon. Hebahkan tentang aplikasi tersebut.

Video

@ubaimz Sedikit kisah sedih bersama Majlis Perbandaran #fyp? #tiktokmalaysia ? Sad and lonely – MoppySound

Sumber: TikTok

SKIP THIS AD ×