berita

Ubai Rindu Ucapan ‘Birthday’ Daripada Arwah Ibu – ‘Pagi 10 Januari Dia Akan Kejut & Cium Saya, Tanya Nak Makan Apa’

January 10th, 2024 | by Shahrin
Kini Trending

Ubai MZ

Pempengaruh media sosial Ubai MZ meluahkan rasa rindu untuk menerima ucapan ulang tahun kelahiran daripada arwah ibunya, Rohani Jamal.

Artikel Berkaitan: ‘Di Sebalik Semua Trauma, Kami Masih Berhak Untuk Mendapat Peluang Bahagia’ – Shila Amzah

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Shila Amzah Hamil Anak Kedua, Tunggu Kandungan Kuat Baru Kongsi

Rindu ucapan birthday ibu

Ubai MZ

Ubai yang menyambut ulang tahun kelahiran ke-26 pada Rabu berkata, arwah ibunya akan mengucup wajahnya pada pagi hari lahirnya iaitu pada 10 Januari.

Malah, kata Ubai ibunya akan menyediakan masakan kegemarannya bersempena hari lahirnya.

Setiap pagi 10 Januari arwah mak mesti akan kejut and cium anak dia untuk ucapan hari lahir. Dia akan tanya nak makan apa harini ?

Tapi sekarang dah lain, tiada lagi ucapan itu. Terima kasih mak, sebab melahirkan dan membesarkan anak mu ini.

Hidup harus diteruskan, jasa dan pengorbanan mak tidak pernah sekali dilupakan.

Ubai atau nama lengkapnya Ubaidillah Muhammad Zulkifle berkongsi perasaannya itu menerusi hantaran terbaharu di Instagram miliknya.

Dalam hantaran sama, dia turut memuat naik tangkapan skrin layar ucapan ulang tahun kelahiran yang terakhir diterima daripada arwah ibunya.

Bagaiamapun kata Ubai, rutin tersebut kini diambil alih oleh isterinya yang juga penyanyi terkenal Shila Amzah.

Sekarang dah ada insan yang mengantikan rutin 10 Januari mak iaitu isteriku Shila Amzah. Terima kasih sayang. Saya tak minta banyak dari awak, cukuplah RXZ dan PS5.

Sekadar info, ibu Ubai meninggal dunia pada 30 Julai 2023 akibat kanser ovari tahap tiga.

Arwah menghembuskan nafas terakhir di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Kuala Lumpur pada pukul 6.45 petang.

Sumber: Instagram

SKIP THIS AD ×