![[VIDEO] Ucapan Jinggo Buat Anak & Menantu Raih Pujian, Netizen Cemburu – ‘Nak Mentua Macam Ni’](https://asset.ohbulan.com/2026/01/jinggo.jpg)
Penerbit dan pengarah Jinggo menyorot perhatian dengan ucapan ulang tahun perkahwinan yang pertama buat anak keduanya, Luth Mikail dan isteri.
Artikel Berkaitan: ‘Yang Free Itu Bayaran Tol’ – Jinggo Husnuzon Sekumpulan Pelanggan ‘Lupa’ Nak Bayar Makanan, Ikut Nasihat Sheila Rusly Suruh Halalkan
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Masak Di Kenduri Kahwin Keluarga Besan, Sheila Rusly Dipuji Netizen – ‘Memang Idola, Semua Turun Padang Merewang’
Ulang tahun perkahwinan anak kedua
Menerusi hantaran yang dimuat naik di TikTok, Jinggo atau lebih mesra disapa Tok Sidang, berkongsi momen bersanding Luth Mikail dan pilihan hatinya, Beatrice Chitra.
Pada video berdurasi hampir 40 saat itu, Jinggo sertakan kapsyen yang menyentuh hati sebagai seorang ayah kepada anak dan menantunya.
Setahun dah Alhamdulillah.
Anak-anak papa, dalam hidup kita ini, ada kalanya apa kita minta tak dapat dan apa yang kita tak harapkan pula diberikan.
Kerana yang meminta itu kita, hamba-Nya. Yang memakbulkan itu Dia, pencipta segalanya.
Teruskanlah berdoa kerana Allah mendengar dan pasti akan dahulukan apa yang kita perlukan dan dikemudiankan yang tidak perlu disegerakan kerana Allah lebih mengetahui apa yang terbaik.
Selama ulang tahun perkahwinan yang pertama anak-anak papa mama.
Mentua dari syurga




Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mencemburui hubungan mentua dan menantu yang akrab seakan memiliki pertalian darah. Selain itu, warganet menjadikan Jinggo dan isterinya, Sheila Rusly sebagai contoh untuk menjadi mentua yang terbaik.
Sumber: TikTok @Tok Sidang Jinggo








