Penerbit dan pengarah Jinggo mendedahkan ada sekumpulan pelanggan yang tidak membuat pembayaran ketika menikmati hidangan di restoran miliknya, Dim Sum Place KL, Pandan Indah, Kuala Lumpur.
Artikel Berkaitan: Elisya Sandha Sertai Syarikat Produksi Milik Mentua, Netizen Cakap Untung Jadi Menantu Kesayangan
Bersangka baik
Menurut Jinggo atau lebih mesra disapa Tok Sidang, 57, dia cuba bersangka baik yang pelanggan-pelanggan itu sebenarnya terlupa untuk membayar harga keseluruhan makanan.
Pada brother dan kawan-kawan yang makan sakan seaneka menu tadi and belah macam tu jer, Tok Sidang harap dia dan kawan kawan dia terlupa bayarlah.
Lebih bersangka baik walaupun nak bersangka tak berapa baik juga. Tak akan semuanya terlupa. Kalau makan biasa mungkin juga tapi kalau makan meriah tak akan boleh lupa atau tersangka percuma?
Tambah pemilik nama Azman Yahya, dia berniat untuk berkongsi rakaman daripada kamera litar tertutup (CCTV) sekaligus menunjukkan wajah individu-individu terbabit namun masih ada rasa kasihan.
Enggan memanjangkan isu, Tok Sidang mengikut nasihat isterinya, Sheila Rusly untuk menghalalkan semua makanan yang telah dimakan.
Kalau lupa pun, tetap tidak halal jika tidak dihalalkan. Jadi Sis (Sheila Rusly) suruh Tok Sidang halalkan. Okay kira halallah ya tapi harap-harap korang bukan satu keluarga.
Ya Allah berat nak tanggung di sana nanti dan jangan tanya pada Dia, jangan tanya pada diri kenapa hidup kita tak pernah senang, tak pernah tenteram dan tak pernah tak ada masalah. Kerana mereka yang berbuat baik pun Allah tetap beri masalah tanda ujian inikan berbuat jahat.
Sumber: Instagram