Baby Shima PRN

Penyanyi dangdut, Baby Shima mengumumkan dirinya bakal bertanding sebagai calon bebas dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan berlangsung pada 12 Ogos akan datang.

Artikel Berkaitan: Baby Shima Hairan Hisap ‘Botol Susu’ Jadi Kontroversi

Nak bela nasib rakyat

Menerusi hantaran dimuat naik di Instagram, Baby Shima atau nama sebenarnya Nor Ashima Ramli mendedahkan bahawa tujuannya menyertai bidang politik adalah untuk membela nasib rakyat.

Assalamualaikum rakyat Malaysia, dengan ini saya ingin mengumumkan yang saya akan bertanding (pada) PRN kali ini untuk berkhidmat dan membela rakyat.

Ingat, kamu membawa perubahan. Fikir-fikirkanlah anak muda, undi saya.

Walau bagaimanapun, pelantun lagu Pura-Pura Bujang itu tidak memaklumkan kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) serta negeri mana yang bakal diwakilinya.

‘Teruskan je berdangdut’

BABY SHIMA PRN

BABY SHIMA PRN

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen tidak bersetuju dengan keinginan Shima yang ingin menceburi bidang politik sebaliknya hanya fokus pada bidang nyanyian.

Dalam pada itu, terdapat juga segelintir netizen yang menyokong Shima dan menyuarakan keinginan mereka untuk mengundi penyanyi berusia 30 tahun itu.

Sumber: Instagram