berita

[VIDEO] ‘Untung Sikit Pun Tak Apa, Janji Ada Hasil…’ – Kisah Kegigihan Pemuda OKU Jual Nasi Lemak RM1.50

December 4th, 2020 | by Najmi Suhaimi
Kini Trending

Walaupun membesar sebagai orang kurang upaya (OKU) itu tidak menghalang seorang individu yang dikenali sebagai Mohamad Nor Abdullah, 28, untuk terus cekal mencari rezeki halal buatnya. Sebelum ini, kisahnya yang dikenali sebagai penjual nasi lemak tanpa tangan pernah tular dan mendapat perhatian daripada netizen.

Perniagaannya diberi nama Nasi Lemak Bujang Dekk’s Mat bersempena Nasi Lemak Janda yang pernah tular sebelum ini .

Dekk Mat Nasi Lemak

Menerusi temu bual bersama EsharingDekk Mat berkongsi kepada orang ramai supaya tidak memilih kerja dan tidak menggunakan peluang meminta sedekah sebagai punca rezeki. Jelasnya lagi, seseorang itu perlu berusaha dengan sebaik mungkin tanpa perlu mengharapkan bantuan yang datang bergolek secara tiba-tiba.

Saya di luar sana biar kita rendah, biar kita susah ada apa bisnes, kerja saja, buat saja, jangan minta sedekah di luar sana. Saya tak ada tangan pun, saya sanggup juga usaha untuk jual nasi lemak, untung sikit pun tak apa, janji ada hasil, dapat beli makan, dapat beli topup, hidup cukup pon ok juga. Dari kecik saya guna kaki, tak susah pun, senang saja, sudah biasa.

Dia turut menceritakan duit bantuan digunakan sebagai modal perniagaannya dan duit tersebut banyak membantunya dalam perbelanjaan harian.

Tempat lain jual RM2.50, RM3.50, biar saya jual RM1.50 nasi lemak, sebab RM1.50 ramai cakap susah mau dapat.

Kisah inspirasi

Saya sambil jual, sambil sedekah saya bagi orang. Orang itu beli satu, saya tambah satu lagi. Tak apalah saya bersyukurlah, dapat sikit pun kira cukup. Cita-cita saya InsyaAllah ada rezeki ingin membuka kedai makan tak kisah kecik atau besar.

Terdahulu, kisah Dekk Mat ini tular di media sosial dan mendapat perhatian daripada warganet atas kegigihan dan kecekalannya bergelar individu istimewa. Semoga kisah Dekk Mat ini memberikan inspirasi kepada kita semua.

Sumber: Esharing & Harian Metro

SKIP THIS AD ×