berita

[VIDEO] Usop Menangis Bila Tahu Bakal Jadi ‘Daddy’, Peminat Pesan Jaga Isteri Dengan Baik – ‘Peringkat Awal Lagi Tu, Semoga Dipermudahkan’

March 30th, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Selepas sebulan mendirikan rumah tangga, penyanyi Usop berkongsi berita gembira apabila isteri tercinta, Nur Fatihah Md Hashim sedang hamil.

Artikel berkaitan : Sekali Lafaz Usop Sah Milik Nur Fatihah, Janji Jadi Suami Terbaik

Artikel Berkaitan: Janji Mencintai Hingga Ke Akhir Hayat, Usop Tak Kekok Panggil Isteri ‘Mummy’

Usop junior

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Usop ? (@usopofficial)

Menerusi hantaran di Instagram (IG), Usop meluahkan rasa syukur dengan rezeki anak yang dikurniakan kepada mereka berdua.

Dalam rakaman video itu, Usop atau nama sebenarnya Muhammad Saiful Naim Muhammad Noor dilihat tercengang selepas melihat ujian kehamilan yang diletak dalam sebuah beg bagasi (luggage).

Teruja dengan kehadiran ahli keluarga baru, penyanyi berumur 24 tahun ini menitiskan air mata sambil memeluk dan mencium Fatihah.

Bagaimanapun, Usop tidak mendedahkan usia kandungan isteri kepada umum.

Double line yang seronok

Di ruangan komen, rata-rata rakan artis dan peminat mengucapkan tahniah di samping mendoakan agar dipermudahkan urusan.

Ada juga pengikut yang prihatin mengingatkan naib juara program Mentor Milenia 2017 untuk menjaga isteri dengan baik kerana kandungan masih berada di peringkat awal kehamilan.

Terdahulu, Usop dan Fatihah berkahwin pada 4 Februari lalu selepas dua tahun berkenalan.

Sumber: Instagram @usopofficial

SKIP THIS AD ×