berita

Wanita Hamil Mengidam Pegang Pinggang Abang Askar, Netizen Kecam Suami Turuti Kemahuan Isteri Bersentuhan Dengan Bukan Mahram

October 3rd, 2023 | by Alia
Kini Trending

mengidam pinggang tentera

Tular baru-baru ini, seorang suami sanggup memenuhi keinginan isterinya yang sedang hamil iaitu untuk memegang pinggang anggota tentera.

Artikel Berkaitan: Harris Annuar Bakal Jadi Bapa, Dedah Asha Merican Suka Bau Simen

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Beruntung.. Suami Layan Mengidam Isteri Beli ‘Stroller’ Harga RM23,000

Anggota tentera setuju

pegang pinggang askar

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, lelaki tersebut dilihat menegur seorang tentera laut yang sedang berjalan di hadapan mereka.

Tanpa rasa segan, lelaki itu kemudian menyatakan hasrat isterinya.

Isteri saya sedang mengidam. Dia teringin nak pegang pinggang, boleh?

Tentera tersebut bersetuju lalu memusingkan badan sebelum wanita itu memegang pinggangnya.

Setelah selesai, wanita berbadan dua itu kelihatan tersipu malu dan dia serta suami mengucapkan terima kasih kepada anggota keselamatan itu.

Komen netizen

pegang pinggang askar

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet menzahirkan rasa kurang senang melihat tindakan pasangan itu dengan mendakwa mereka mengabaikan hukum agama kerana bersentuhan dengan yang bukan mahram.

Bagaimanapun, ada di antara mereka geli hati melihat gelagat pasangan tersebut dan memuji sikap suami yang sanggup menunaikan permintaan isterinya.

Sumber: TikTok

SKIP THIS AD ×