berita

Anggap Pempengaruh Jahanamkan Industri Muzik, Usop Harap Tidak Disalah Tafsir – ‘Saya Tujukan Pada Individu Tak Boleh Menyanyi Langsung’

October 30th, 2023 | by Amirul Ilyasha
Kini Trending

Usop Komen Influencer Tak Pandai Nyanyi

Penyanyi, Usop tampil menjelaskan maksud sebenar kenyataan yang dikeluarkan berhubung kekecewaannya terhadap beberapa pihak yang mengangkat pempengaruh media sosial sebagai penyanyi baru-baru ini.

Artikel Berkaitan: ‘Kadang-Kadang Keluar Lagu Merepek, Kenapa Nak Rosakkan Industri Muzik?’ – Usop

Harap tidak salah tafsir

Usop Komen Influencer Tak Pandai Nyanyi

Ketika ditemui OhBulan!, Usop atau nama sebenarnya Muhammad Saiful Naim Muhammad Noor berkata, kenyataan itu ditujukan kepada pempengaruh yang sama sekali tidak boleh bernyanyi namun masih diberikan peluang untuk menghasilkan lagu.

Apa yang saya maksudkan tempoh hari adalah ditujukan kepada orang (pempengaruh) yang tidak boleh bernyanyi langsung.

Saya pun ada akal fikiran dan tidak mengeluarkan kenyataan ikut perasaan semata-mata dan pada saya sekiranya pempengaruh itu mempunyai bakat dalam nyanyian, mereka boleh teruskan.

Tetapi orang yang tidak boleh bernyanyi itulah yang pada saya menjahanamkan industri. Sebagai contoh anda masuk dalam program realiti tetapi tak boleh menyanyi dengan baik, jahanam dibuatnya.

Tambahan pula, industri muzik Malaysia juga turut ditonton oleh orang dari laur negara jadi biarlah seseorang yang mahu jadi penyanyi itu mempunyai bakat dan kualitinya yang tersendiri.

Usop meluahkan perkara tersebut ketika ditemui pada sidang media konsert Famili Duo 2023 (FD3) pada malam Ahad.

Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai komen pedas diberikan juri tetap FD3 kepada duo pempengaruh media sosial iaitu Ryan dan Adam Bakery? Usop berpendapat pasangan adik beradik itu perlu bersedia menghadapi cabaran dunia sebenar industri hiburan.

Itu kenyataan yang perlu mereka hadapi kerana itulah yang dinamakan program realiti hiburan. Dia ada permainannya yang tersendiri yang kita sendiri tak dapat jangka.

Hari ini mungkin kita akan rasa down tapi esok lusa kita pula menang. Saya dah rasa dah dan alami apa yang Ryan dan Adam rasa.

Saya pernah duduk di bawah, saya pernah berada di atas bahkan saya pernah disanjung satu ketika dahulu.

Program realiti televisyen dan media sosial ini merupakan dua perkara yang sangat berbeza jadi kena faham benda tu. Jadi, welcome to the ‘hell’.

Tambah pelantun lagu ‘Aku Yang Bersalah’ itu lagi, Ryan dan Adam mampu untuk melakukan persembahan yang lebih baik di masa yang akan datang.

Saya tak boleh cakap lebih-lebih sebab nanti orang akan kata saya poyo tapi saya rasa persembahan mereka okay dan mereka berdua boleh buat lagi baik.

Mereka berdua merupakan content creater jadi mereka mempunyai banyak idea yang baik lebih-lebih lagi berkaitan dengan persembahan. Buat Ryan dan Adam, saya nak pesan pada mereka untuk buktikan apa yang diperkatakan oleh orang luar di sana terhadap mereka adalah salah.

Terdahulu, Usop tampil meluahkan kekecewaannya terhadap beberapa pihak yang mengangkat pempengaruh media sosial sebagai penyanyi.

Pada Usop, ia sangatlah tidak adil buat penyanyi sepertinya yang perlu berusaha keras ke dari bawah namun kurang mendapat perhatian untuk diketengahkan.

SKIP THIS AD ×