Pendakwah bebas Ustaz Azhar Idrus menjelaskan tentang situasi isteri yang meminta cerai daripada suami.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Kadang-Kadang Berpisah Sekejap Tanpa Cerai Adalah Membaikkan Keadaan’ – Ustaz Azhar Idrus
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Apakah Maksud Cerai Taklik? Ini Penjelasan Ustaz Azhar Idrus
Pandangan ustaz
@insan_marhaen Mintak cerai tanpa sebab #ustazazharidrus #insanmarhaen #fyp #rumahtangga
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Ustaz Azhar menerangkan tentang hadis Nabi Muhammad SAW berkenaan wanita yang meminta cerai daripada suami.
Nabi kata,’mana-mana isteri yang suka meminta cerai daripada suaminya dengan tiada apa-apa kesalahan atau kejahatan, maka syurga haram ke atas perempuan seperti itu.’
Justeru itu, pendakwah tersebut menasihati kaum Hawa untuk bersabar demi menjaga perkahwinan mereka.
Jadi, orang perempuan kena bersabar.
Mintak cerai, belum cerai lagi..tertutup pintu syurga, haram masuk syurga. Ramai isteri yang minta cerai sebenarnya akhlak mereka tidak baik.
Walau bagaimanapun, menurut Ustaz Azhar terdapat lima perkara yang membolehkan seorang isteri untuk meminta cerai.
Melainkan lima perkara boleh minta cerai iaitu suami tak beri nafkah, suami larang buat perkara wajib seperti larang untuk sembahyang dan menutup aurat.
Seterusnya, suami suruh buat perkara haram seperti liwat, berjudi, minum arak dan sebagainya.
Kemudian suami dera dan yang terakhir, suami masuk penjara. Kebanyakan negeri di Malaysia minima tiga tahun penjara.
Sumber: TikTok