Nisfu Syaaban bermaksud separuh daripada bulan Syaaban iaitu pada malam ke-15. Ia adalah malam yang istimewa buat seluruh umat Islam kerana dilimpahi dengan keberkatan, keampunan serta dimakbulkan doa daripada Allah SWT.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ustaz Azhar Idrus Perjelas Hukum & Cara Qada Solat
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Coretan Anak Ustaz Azhar Idrus Buat Ramai Kagum – ‘Terima Kasih Sudi Hantar Ke Kolej, Saya Tahu Banyak Susahkan Umi & Abi’
Penerangan ustaz
@hatorisohma3 ????????? ???????? ?????? ?????????? ???? ????????? Maksudnya: “Sesungguhnya Allah SWT melihat pada malam nisfu Sya’ban kemudian mengampunkan semua makhluk-Nya kecuali orang yang syirik dan juga orang yang bermusuhan”. [Riwayat Ibn Majah, no. Hadith 1380] Imam al-Zahabi mengatakan hadith ini dhaif disebabkan terdapat pada sanadnya Ibn Lahi’ah. [Lihat: Talkhis al-‘ilal al-Mutanihiyah, 184]#janjiallahitupasti? #niatkeranaallah??? #mencariredhaallahdanrasul???? #ustazazharidrusofficial
Sudah menjadi kelaziman, rata-rata Muslim di negara ini akan melakukan bacaan surah Yassin pada malam Nisfu Syaaban. Namun, timbul kemusykilan adakah amalan tersebut wajib dilaksanakan.
Justeru, pendakwah bebas, Ustaz Azhar Idrus menjelaskan berkenaan persoalan tersebut.
Tidak ada satu hadis pun yang menetapkan amalan pada malam Nisfu Syaaban.
Yang ada di dalam hadis, dinyatakan bahawa pada malam itu ada satu kelebihan. Kelebihannya adalah Allah buka rahmat yang luas dan Allah ampunkan dosa.
Maka, para ulama berkata apa sahaja amalan pada malam Nisfu Syaaban boleh dilakukan dan akan mendapat pahala di akhirat nanti.
Amalan membaca Yassin
Dalam pada itu, Ustaz Azhar berkata, tidak wajib melakukan bacaan Yassin tersebut berikutan ianya adalah amalan yang dibawa oleh para ulama terdahulu.
Amalan membaca surah Yassin adalah daripada ulama yang berasal dari Yaman, lalu dibawa ke negara ini.
Namun hukumnya bukan wajib, kerana itu hanyalah amalan mereka. Kita buat amalan lain pun tidak ada masalah.
Sumber: TikTok Ustaz Azhar Idrus