
Pendakwah bebas dan aktivis kemanusiaan, PU Rahmat berkongsi cara khatam al-Quran buat umat Islam sepanjang bulan Ramadan.
Artikel Berkaitan: PU Rahmat Sebak Dengar Kisah Pilu Mangsa Banjir Aceh – ‘Saya Hanya Mampu Beri Tiga Bungkus Nasi’
Artikel Berkaitan: ‘Rahmat Ni Gila, Baru Selesai Sumud Gaza Terus Sambung Misi Lain’ – PU Amin
Khatam Quran

Menerusi ciapan yang dimuat naik di Threads, seorang pengguna meluahkan hasratnya untuk khatam Quran.
Individu terbabit mengajukan soalan secara umum sama ada terdapat cara untuk merealisasikan hasratnya sepanjang bulan Ramadan.
Sasaran nak khatam Ramadan ini.
Apa ya cara nak dapat khatam?
Ciapan tersebut turut menarik perhatian Rahmat yang dilihat memberikan cadangan agar individu berkenaan meluangkan masa membaca empat muka surat al-Quran pada setiap solat fardu.
Cara nak khatam Quran bulan Ramadan dengan bahagikan 4 muka surat setiap waktu solat fardhu.
Baca 2 muka surat sebelum solat dan 2 muka surat selepas solat.
4 muka surat untuk setiap solat fardhu. Jumlah 5 solat fardhu, dapat 20 muka surat sehari.
Dalam 30 hari, dapat 600 muka surat. Al-Quran ada 604 muka surat.
Semoga berjaya saudari .
Sumber: Threads @rahmat.ikhsan.official







