berita

Puteri Sarah Jawab Isu Foto Tangan Lelaki Di IG – ‘Dia Pelakon Indonesia & Ahli Perniagaan’

September 6th, 2023 | by Shahrin
Kini Trending

puteri sarah

Pelakon Puteri Sarah menjelaskan foto tangan seorang lelaki yang dimuat naiknya di Instagram Story adalah milik rakan perniagaannya yang menetap di Jakarta, Indonesia.

Artikel Berkaitan: ‘Saman Tetap Diteruskan, Kalau Tidak Anjing Tak Akan Berhenti Menyalak’ – Puteri Sarah

Artikel Berkaitan: Puteri Sarah Mengamuk Dengan Bekas Menantu Kazar, Dakwa Masih Jaja Kisah Dengan Syamsul

Kenal di Jakarta

puteri sarah

Ketika ditemui OhBulan!, Sarah berkata lelaki tersebut merupakan pengasas sebuah produk kecantikan dan mereka berjumpa bagi membincangkan hal perniagaan.

Kata Sarah lagi, lelaki terbabit juga merupakan seorang aktor dan mereka tidak mempunyai sebarang hubungan istimewa.

Tangan itu adalah tangan rakan perniagaan saya. Kami kenal di Jakarta.

Saya pergi Jakarta sebab ada penggambaran tapi sekarang ada masalah sikit dan ditundakan, dalam masa yang sama saya buat perniagaan di sana.

Nama dia ialah Andi Arsyil, dia merupakan pelakon Indonesia tetapi sekarang dia juga memberikan fokus terhadap perniagaannya.

Kebetulan kami juga berminat dalam bidang yang sama iaitu perniagaan, produk penjagaan wajah dan tudung dia yang produce.

Saya buka di Malaysia, sekarang kami sudah lebarkan sayap perniagaan di Singapura dan dia adalah rakan perniagaan saya.

Sarah berkata demikian ketika ditemui di majlis sidang media Teater Muzikal Kanak-Kanak Pak Pandir dan Labu Ajaib yang berlangsung di Glasshouse, Seputeh Kuala Lumpur pada Rabu.

Ketika ditanya mengenai detik pertemuan, aktres berusia 37 tahun itu berkata, dia mengenali lelaki terbabit ketika pergi ke Jakarta atas urusan kerja.

Masa saya selalu ke Jakarta, jadi bila kita meeting akan bertemu dengan ramai orang, dan kami bercakap mengenai hal perniagaan.

Dia juga meluahkan hasrat untuk memperkembangkan perniagaan penjagaan wajah dan tudung di Malaysia dan Singapura, di situlah bermulanya perkenalan kami.

Saya jumpa dia bukan seorang tetapi ramai-ramai termasuk pengurus peribadi dan anak saya pun ada sekali.

Terdahulu, Sarah mencuri perhatian ramai apabila memuat naik foto tangan seorang lelaki sedang memegang telefon menerusi Instagram Story miliknya, baru-baru ini.

Foto tersebut sekaligus mencetuskan tanda tanya dalam kalangan netizen mengenai siapakah individu tersebut.

SKIP THIS AD ×