Pendakwah terkenal, Ustazah Asma’ Harun terpaksa memberhentikan operasi perniagaan kedai makan yang terletak di Seremban, Negeri Sembilan kerana tidak memberi pulangan untung.
Artikel Berkaitan: Ustazah Asma’ Harun Dakwa Filem ‘La Luna’ Beri Persepsi Buruk Kepada Agama Islam
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Pakai Niqab Tetapi Mata Sangat Cantik’ – Ustazah Asma’ Harun
Negatif RM30,000
Menerusi video siaran langsung di TikTok, Ustazah Asma’ mendedahkan dia terpaksa menanggung kerugian sebanyak RM30,000 sebulan. Kata Ustazah Asma’, keuntungan yang diterima tidak mencukupi untuk membayar gaji staf.
Setiap bulan kita negatif RM30,000. Contohnya, lepas sebulan kita berniaga, akauntan beritahu ada RM2,000 je dalam akaun. Saya tanya semula ‘habis tu nak byr gaji pekerja berapa perlu’.
Akauntan pun beritahu bayar gaji pekerja nak dekat RM30,000. Bayar sewa pula kena cari lain.
Tambah Ustazah Asma’, dia mengambil keputusan untuk mengeluarkan wang simpanan serta menjual koleksi barang kemas untuk menampung segala kos.
Kami buat macam mana, kami pinjam. Kami keluarkan simpanan ada, kami cairkan aset apa yang ada, semua kita jual.
Barang kemas kita jual, simpanan kita keluarkan. Sampai bulan ini kami dah tiada apa-apa dah untuk kami tampung lagi. Ini bulan yang terakhir sebab kita nampak jualan masih sama.
Meskipun kos barang mentah makin meningkat namun Ustazah Asma’ tidak tergamak untuk menaikkan harga makanan kerana risau akan membebankan pelanggan.
Kita nak naikkan harga kita tak sanggup padahalnya kos operasi untuk restoran lagi-lagi ada makanan laut sangatlah tinggi. Harga barang sebenarnya sangat mahal sekarang, semua mahal.
Susulan itu, Ustazah Asma’ mencari pemilik baru yang ingin mengambil alih bisnesnya ekoran jadual kerjanya yang juga agak padat.
Momen Kafe
Bagaimanapun, hasil tinjaun di Google, ‘Momen Kafe’ mendapat 3.4 rating di samping segelintir pelanggan meluahkan ketidakpuasan hati dengan servis yang diterima.
Beli laksa jam 530 petang. Bungkus bawa balik. Kuantiti laksa bagus tapi kuah sangat sedikit. Mee pun tak tenggelam. Layanan kedai bagus, atmosfera kedai bagus. Harap boleh tingkatkan servis pada pelanggan.
Terkejut terpaksa makan dalam keadaan tak selesa (pedih mata, hidung dan tekak) sebab asap kelabu dari bahagian dapur asyik berkepuk-kepuk masuk ke ruang makan. Perlu baiki keadaan ini secepat mungkin supaya tiada pelanggan dapat pengalaman yang sama.
Kami yang dah sampai lama, tunggu makanan hampir dua jam. Tapi akhirnya, cancel saja sebab tak mampu dah nak tunggu. Yang baru sampai, tak sampai 20 minit dah dapat makanan. Boleh tingkatkan lagi bahagian dapur dan servis.
Kami dine in untuk makan tengah hari hari ini. Tunggu makanan hampir dua jam baru sampai. Sepatutnya dia (staf) layan pelanggan ikut order. Ada pelanggan bangun balik kerana lama menunggu. Kena improve masa servis. Nasib baik food dia okay.
Namun, ada juga pengunjung yang gembira dengan pilihan makanan yang dihidangkan.
Sumber: TikTok