berita

[VIDEO] ‘Kamu Tayang Aurat Isteri, Bangga Puluhan Ribu Orang Tengok’ – Ustaz Wadi

September 19th, 2023 | by Zulaikha
Kini Trending

wadi

Foto: BH Online

Pendakwah bebas, Ustaz Wadi Annuar bersuara mengenai kontroversi video pasangan suami isteri berendam di dalam jakuzi yang dimuat naik di Instagram (IG), baru-baru ini.

Meskipun tidak menyebut nama namun netizen tujukan kepada pelakon, Fasha Sandha dan suami, Aidil Aziz.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Fasha Sandha Berendam Dengan Suami Dalam Tab Mandi Bikin Netizen Tak Senang Duduk

Artikel Berkaitan: ‘Saya Hanya Menjalankan Komitmen’ – Fasha Sandha Mohon Maaf Kongsi Video Berendam Dengan Suami Dalam Jakuzi

Dosa besar

fasha sandha

Menerusi video di TikTok, Ustaz Wadi menjawab hukum mempamerkan keintiman bersama pasangan kepada khalayak ramai. Menurut Ustaz Wadi, berkasih antara suami isteri digalakkan namun berdosa besar apabila dipertonton kepada orang lain.

Berapa hari lepas ada orang tanya saya. Dia tunjuk video. Beberapa saat pasangan suami isteri mandi. Semua orang tengok. Pakai baju yang tak berapa lengkaplah.

Dia kata ustaz apa hukumnya menayangkan kasih sayang pasangan suami isteri ini di khalayak ramai?

Kasih sayang di antara suami isteri itu adalah pahala yang besar. Tetapi ketika mana ditayangkan dalam keadaan tidak menutup aurat itu dia jadi dosa besar.

Mana maruah?

@asalkampong08Ustaz Wadi Annuar? original sound – ??ZzzuliaAbdAzizzZ??

Dalam pada itu, Ustaz Wadi turut meluahkan rasa kecewa dengan sikap suami yang tidak menjalankan tanggungjawab menjaga aurat dan maruah isteri.

Dalam masa satu hari puluhan ribu orang tengok aurat isteri kamu. Sepatutnya kamu yang selamatkan dia daripada mendedahkan aurat. Sepatutnya kamu yang rasa marah apabila isteri kamu mendedahkan aurat.

Tiba-tiba kamu pula bangga, kamu pula susun. Kamu pula tayang aurat isteri kamu untuk ditatap dengan bangganya oleh puluhan ribu orang.

Mana maruah seorang suami? Mana maruah?

Minggu lalu, Fasha dikecam teruk selepas memuat naik sepotong video memperlihatkan aksi mesra dia dan Aidil yang sedang berendam dalam jakuzi. 

Jelas pelakon drama Khilaf Asmara, video berkenaan merupakan sebahagian daripada tuntutan kerjanya. Bagaimanapun, enggan berlanjutan, Fasha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan memohon maaf selain meminta orang ramai untuk mendoakan perkahwinannya bersama suami agar kekal hingga ke akhir hayat.

Sumber: TikTok

SKIP THIS AD ×