berita

Ustazah Asma’ Harun Tegur Pasangan Artis Muat Naik Video ‘Soft Porn’ – ‘Itu Perbuatan Maksiat Sangat Berat’

September 25th, 2023 | by Alia
Kini Trending

ustazah asma harun

Pendakwah terkenal Ustazah Asma’ Harun tampil menegur pasangan selebriti tempatan yang memuat naik video ‘panas’ baru-baru ini.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Kamu Tayang Aurat Isteri, Bangga Puluhan Ribu Orang Tengok’ – Ustaz Wadi

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Fasha Sandha Berendam Dengan Suami Dalam Tab Mandi Bikin Netizen Tak Senang Duduk

Perbuatan maksiat yang berat

ustazah asma harun

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Ustazah Asma’ menegaskan bahawa perbuatan tersebut adalah maksiat yang berat walaupun mereka adalah suami dan isteri.

Dalam masa yang sama, ia adalah hubungan peribadi yang tidak sepatutnya menjadi tontonan awam meskipun atas alasan tuntutan kerja.

Baru-baru ini ada artis bagi alasan cari rezeki untuk melakukan perbuatan maksiat. Jelas maksiat, mendedahkan aurat dan melakukan ‘soft porn’ secara terbuka, siap ada cium, ada peluk, siap ada peluk sampai tahap cium leher. Itu adalah perbuatan maksiat yang sangat berat.

Artis itu pun sudah memadam video tersebut, tetapi video itu apabila dicari tersebar lagi dan ramai yang muat turun.

Bila saya tengok, Astaghfirullah memang mengucap panjang walaupun suami isteri perbuatan itu adalah haram untuk dipertontonkan dan memang berdosa besar.

Tegur komen netizen

ustazah asma harun

Dalam pada itu, beliau turut menegur segelintir warganet yang tampil menyokong perbuatan pasangan selebriti tersebut dengan mengambil tauladan daripada kisah kaum Nabi Luth.

Yang lebih saya takut daripada perbuatan artis tersebut adalah komen netizen. Saya terkejut. Sebahagiannya menegur dengan baik, sebahagian kecaman tapi sebahagian besar ‘backup’.

Saya menyebut perbuatan saya tak sebut individu, saya tak sebut nama. Tetapi peringatan perlu diberikan sebab itu tolonglah, ayat backup ‘ tak payahlah, kita pun belum tentu penghujung macam mana, tak payahlah nak sibuk-sibuk tegur dosa orang’. Ini adalah perkataan yang disebut oleh umat Nabi Luth. Akhirnya umat Nabi Luth diazab oleh Allah, dibenamkan ke dalam tanah yang diiktibar daripada laut mati.

Netizen ‘backup’ orang yang melakukan maksiat terbuka selepas ditegur dia tak boleh terima.

Sementara itu, Ustazah Asma’ juga berharap tiada lagi mana-mana selebriti mengulangi kesalahan yang sama dengan menjadikan isu ini sebagai satu pengajaran berikutan ramai yang menonton video berkenaan dengan hawa nafsu mereka.

Memang benar tidak ada aurat antara suami dan isteri, tidak ada batasan nak buat apa buatlah tetapi tertutup bukan terbuka, bukan dipertontonkan walaupun atas alasan cari rezeki. Cari rezeki keberkatan tergantung kepada bagaimana kita mencari rezeki.

Semoga jadi pengajaran dan tidak ada lagi artis yang buat lagi selepas ini walaupun suami isteri. Kalau dah betul-betul peluk dengan bersungguh-sungguh ada yang menonton dengan hawa nafsunya.

@wan_anitawh

#ceramahuah #foryoupage #kuliahagama #ustazahasmaharun #uah #malu #iman

? original sound – Wan Anita WH – Wan Anita WH

Sumber: TikTok

SKIP THIS AD ×