Nampaknya pengguna media sosial masih belum berpuas hati dengan penceramah bebas, Ustazah Siti Afifah selepas menggelar suami dayus kerana membenarkan doktor lelaki menyambut bayi mereka ketika bersalin.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Pernah Tak UAI Beranak? Ini Masalah Wanita Tau!’ – Ustazah Siti Afifah
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Tiada Background Pengajian Agama, Ustazah Siti Afifah Sebar Kenyataan Mengelirukan’ – Amin Idris
Video lama tular
@sunnahtidakberbohong #bilasaatkematian #bilasaatdemampanaskemuncak #sunnahtidakpernahbohong ? bunyi asal – Siti Afifah Shahbudin
Terbaharu, nama Siti Afifah hangat diperkatakan sekali lagi namun bukan disebabkan ‘content’ yang didakwa aneh dan pelik.
Sebaliknya, rata-rata warganet bertindak viralkan semula video lama yang dimuat naik pada 30 Oktober. Dalam rakaman itu, Siti Afifah sedang berbicara tentang tanda-tanda kematian dalam kalangan ahli keluarga.
Bela kuku
Sedang rancak bercerita, Siti Afifah tidak perasan kuku panjangnya mencuri perhatian ramai. Netizen mula serbu ruangan komen dengan menyatakan ini kali pertama mereka melihat seorang ustazah membela kuku panjang.
Selain itu, ada juga yang bertanya hukum simpan kuku panjang dalam Islam.
Biarpun dihentam teruk namun Siti Afifah kental hati apabila langsung tidak membalas komen sebaliknya tetap meneruskan siaran langsung (live) di TikTok.
Sumber: TikTok @sunnahtidakberbohong