Pelakon dan pengacara Uyaina Arshad meluahkan rasa marah dengan segelintir rakyat Malaysia yang dilihat menyokong zionis Israel dan bersikap neutral dengan situasi yang berlaku di Palestin ketika ini.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Uyaina Arshad Jatuh Terpelecok, Otot Kaki Kanan Koyak
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Uyaina Arshad Keguguran Anak Kedua
Rakyat Malaysia sokong Israel
Menerusi hantaran di Instagram, Uyaina berkata dia hairan apabila masih ada individu yang tidak cakna dengan nasib yang menimpa rakyat Palestin yang mahukan kebebasan daripada terus ‘dijajah’ oleh Israel.
Untuk orang Malaysia yang sokong Israel atau neutral, kau tahu kan negara kita baru je merasa 66 tahun Kemerdekaan selepas dijajah oleh British?
Kau tahu tak betapa susahnya nenek moyang kita dulu nak mencapai Kemerdekaan, bermati-matian berjuang untuk cucu cicit merasai kemanisan Merdeka.
Sekarang ini, Israel itu adalah penjajah, jadi Palestin mahukan kebebasan. Hasma berjuang untuk dapatkan kebebasan untuk Palestin, untuk bebas daripada cengkaman kuku besi Israel. Kenapa korang susah sangat nak faham?
Dalam perkongsian sama, Uyaina turut mengutuk tindakan kejam zionis Israel yang tidak mempunyai sifat kemanusiaan.
Demografi mungkin tak sama, tapi konteks masih lagi sama, kita sedang bercakap tentang penjajah. Kita dengan Palestin sama, bezanya kita pernah dijajah, sedangkan Palestin sedang dijajah.
Dah la jajah negara orang, basic human rights pun tak bagi, punca air disemen, makanan tak cukup. Malah nak kibar bendera sendiri pun itu jenayah, semua Israel tak bagi.
Video
View this post on Instagram
Sumber: TikTok