Usahawan terkenal, Datuk Seri Vida memberi teguran secara terbuka terhadap Caprice berikutan konten yang dimuat naik olehnya sejak kebelakangan ini di media sosial.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Datuk Seri Vida Menangis Lihat ‘Abang Bas’ Peluk Ibu – ‘Kuat Hati Saya Mengatakan Dia Sayang Budak-Budak’
Artikel berkaitan: [VIDEO] Vida Kongsi ‘Room Tour’, Menginap Di Hotel Harga RM30,000 Satu Malam – ‘Bilik Ini Memang Kegemaran Saya’
Artikel berkaitan: [VIDEO] Cik B Jawab Dakwaan Hidup Hanya Tumpang Kesenangan DSV – ‘Mungkin Saya Tak Akan Jadi Hebat Seperti Mama Tapi..’
Hati saya terpanggil untuk bercakap
Menerusi sebuah rakaman video di Instagram, Vida berkata, video yang dimuat naik olehnya itu bertujuan untuk memberi nasihat dan teguran buat Caprice yang dianggap seperti adik dan rakan dalam industri perniagaan.
Assalamualaikum, video ini saya tujukan kepada Caprice. Saya bukan nak kejutkan harimau yang sedang tidur ke apa. Tapi hati saya terpanggil nak beritahu pasal posting Caprice yang viral daripada asalnya nak bagi kesedaran dah jadi banyak ke arah benda yang mengaibkan.
Menurut Vida, dia salah seorang followers (pengikut) Caprice di Instagram dan sentiasa melihat konten viral yang dimuat naik oleh penyanyi rap itu. Namun sejak kebelakangan ini, Vida merasakan konten yang dilakukan oleh Caprice lebih kepada mengaibkan orang berbanding memberi kesedaran.
Dulu bila saya nak tengok isu viral, saya tengok Instagram Caprice. Kita dapat info. Tapi kalau dah benda berlarutan, contohnya abang bas…daripada satu posting jadi dua dan tiga…jadi banyak mengaibkan. Malahan pasal abang ingat tengok budak tu kan duk jeling lagu tu.
Tiap-tiap hari saya tengok dok up. Dah jadi annoying dan mengaibkan. Dia (Abang Bas) pun dah kena tindakan apa semua. Dah kena jamin. Mungkin Caprice boleh bagi kesedaran dalam bentuk lain pula pasal pedofil atau yang lain.
Jadi saya ni sebenarnya berat hati nak cakap, tapi saya terpaksa. Caprice seorang yang baik yang saya kenal lama dah. Pernah belanja saya makan dan saya hormat Caprice. Senntiasa mengikuti Caprice dari dulu lagi.
Suka tengok konten dengan keluarga
Berbicara lebih lanjut, Vida mengakui dia lebih suka melihat konten Caprice bersama isteri dan anak.
Hari ini lepas mengaji, lepas solat subuh istikarah banyak kali, sebenarnya secara jujur saya suka tengok Caprice bersama isteri dan anak. Saya rasa itu lagi sedap saya melihatnya. Ala-ala suami takut bini punya konten.
Bukan semua orang boleh buat macam itu. Itu konten yang bagus, tapi konten yang macam seolah-olah mengaibkan orang lain, kesedaran jadi mengaibkan…saya rasa terpanggil untuk nak bagitahu cukup cukuplah buat posting begitu.
Tambah Vida, tindakan yang dilakukan oleh Caprice itu telah menyebabkan dia kehilangan ramai pengikut di media sosial.
Saya tak ada kepentingan apa-apa, saya tak kenal abang bas itu siapa. Caprice saya lebih kenal seorang yang baik dan loving. Sayang pada Caprice kalau Caprice nak dengar. Tiada maksud apa-apa atau nak mengeji. Saya follow dari 2.2 juta, lepas Caprice buat isu viral tinggal pengikut dah 1.4 juta.
Sayang benda macam ini walaupun dapat vibes viral tapi pengikut ke mana? Nasihat jujur dan ikhlas setelah saya solat subuh, mengaji dan istikarah. Saya nampak benda ini kena suarakan. Saya minta maaf banyak-banyak. Bila dah cakap ni dah lepas.
Vida turut memberi penjelasan mengenai tindakannya yang tidak menghantar direct message (dm) terhadap Caprice berhubung teguran ini.
Mengapa tak dm saja, saya rasa dm tak berkesan melainkan cakap terus macam ini. Saya cakap sebab takut kalau Tuhan uji kita, dia balikkan hati kita, sekejap saja dan Caprice ada anak perempuan. Kita minta dijauhkan segala benda yang mengaibkan dan memudaratkan.
Saya ada anak perempuan dan lelaki. Kita semua ada keluarga, jadi banyak nak jaga keluarga kita daripada bercakap pasal orang. Kalau terasa saya mohon maaf. Tak luah rasa terbeban.
Video
View this post on Instagram
Sumber: DSV