Kehadiran usahawan terkenal Datuk Seri Vida menziarahi pusara pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang terkorban dalam kemalangan bas persiaran di Gerik, Perak iaitu Allahyarhamah Nurly Shahirah Azman meraih perhatian.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Diterangi Cahaya Indah, Bau Wangi Semerbak Sebaik Melangkah’ – Vida Ziarah Pusara & Keluarga Arwah Nurly

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Vida Menangis Sebak Ternampak Awan Seakan Kalimah Allah – ‘Subhanallah, Betapa Hebatnya Kuasa Allah’

Hanya konten?

@pamogahq_

“Ya Allah, Engkau yang Maha Membolak-balikkan hati… Aku mohon dengan rendah diri, jadikanlah anakku CikB seperti arwah Nurly Syahirah, yang hidupnya penuh cinta kepada Al-Quran, yang bibirnya sentiasa dibasahi kalam-Mu, yang hatinya lembut, bersih, dan penuh nur keimanan. Biarpun dunia ini penuh ujian dan kelalaian, pimpinlah anakku menuju jalan-Mu, hiasilah hidupnya dengan ilmu, akhlak, dan amal soleh, jadikan dia sumber pahala berpanjangan untukku di alam barzakh nanti. Dan andai aku tak sempat melihat dia jadi sehebat itu, cukupkan aku dengan keyakinan… bahawa dia akan terus menjadi saham akhirat buatku.” Aamiin Ya Rabbal ‘Alamin. #datosrivida #cikbhavoc #nurlysyahirahbidadarisyurga #upsi

♬ original sound – Abam_JiwangkapaK – Abam_JiwangkapaK

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Vida atau nama sebenarnya Hasmiza Othman berkongsi komen yang diterima mengenai dirinya yang didakwa tidak mendidik anak perempuannya, Cik B dengan baik.

Ujarnya, dia berharap agar sempat melihat anak-anak menjadi insan hebat.

Aku mohon dengan rendah diri, jadikanlah anakku Cik B seperti arwah Nurly Syahirah.

Hidupnya yang penuh dengan cinta kepada Al-Quran, bibirnya sentiasa dibasahi kalam-Mu, hatinya lembut, bersih dan penuh nur keimanan.

Biarpun dunia ini penuh ujian dan kelalaian, pimpinlah anakku menuju jalan-Mu.

Dan andai aku tak sempat melihat dia jadi hebat, cukup kan aku dengan keyakinan bahawa dia akan terus menjadi saham akhirat buatku.

Komen netizen

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji personaliti Cik B atau nama sebenar atau nama sebenar Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin yang sentiasa rendah diri dan sopan. Selain itu, warganet turut mendoakan agar Cik B menutup aurat dengan sempurna.

Sumber: TikTok @empayardatoserivida