![[VIDEO] Vida Sedekah Barang-Barang Rumah, Ajak Warga Terengganu Datang Berkumpul – ‘Ambil Lah Apa Yang Sesuai’](https://asset.ohbulan.com/2025/08/vida.jpg)
Usahawan terkenal Datuk Seri Vida memilih untuk bersedekah barangan rumahnya yang terletak di Besut, Terengganu.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Vida Mohon Doa Buat Cik B, Netizen Dakwa Hanya Konten Ziarah Arwah Nurly – ‘Anak Sendiri Tomboi’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Vida Menangis Sebak Ternampak Awan Seakan Kalimah Allah – ‘Subhanallah, Betapa Hebatnya Kuasa Allah’
Sedekah barang rumah
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Vida atau nama sebenarnya Hasmiza Othman memanggil warga Terengganu untuk berkumpul bagi penyerahan barang-barang rumahnya.
Siapa nak boleh datang.
Berkumpul di sini, saya nak bagi apa yang ada dalam rumah.
Kepada orang Jerteh dan Besut banyak barang dalam rumah ini seperti tilam, katil, meja, kerusi, sofa, pasu bunga dan banyak lagi.
Ambil lah apa yang sesuai.
Ujarnya, penyerahan barang akan dimulakan pada jam 3:00 petang hari ini di Baitul Nurly Jannah, Kampung Batu Tumbuh, Besut, Terengganu.
Murah rezeki




Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menitipkan pesanan agar mendahulukan keluarga yang lebih memerlukan dari segi barangan rumah. Selain itu, warganet turut memuji niat baik Vida dan mendoakan rezekinya sentiasa dimurahkan.
Sumber: TikTok @_.eeiqwan








