Penampilan usahawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Vida sekali lagi menyorot perhatian netizen ketika dia menghadiri sebuah acara baru-baru ini.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Vida Panik Kayak ‘Karam’ Dalam Laut – ‘Macam Nak Hilang Nyawa’
Artikel Berkaitan: Vida Nak Jumpa TMJ Tuntut Ilmu Pulihkan Kelantan FC, Pemilik Skuad Dedah Nama Tiada Dalam Senarai
Busana kembang
Menerusi perkongsian video di Instagram, Vida dilihat tampil anggun pada acara tersebut dengan mengenakan busana kembang berona serba hitam.
Busana yang menggunakan elemen kain jenis net itu difahamkan rekaan pereka fesyen terkenal tanah air.
Vida juga dilihat memadankan busana itu bersama seutas beg tangan berjenema mewah dan rantai dengan lokat besar berwarna unggu dilehernya.
Ursula Little Mermaid
Seperti dijangka, perkongsian tersebut bakal menuai pelbagai reaksi dalam kalangan wargamaya.
Menjengah ke ruangan balas, rata-rata netizen memuji penampilan usahawan berasal Kelantan itu yang kelihatan begitu elegan dan anggun.
Dalam pada itu, ada juga segelintir netizen berseloroh mengatakan penampilan Vida persis watak Ursula menerusi filem Little Mermaid.
Video
View this post on Instagram
Sumber: Instagram