Usahawan komestik sensasi, Datuk Seri Vida menekankan dirinya begitu serius untuk memiliki kelab bola sepak Kelantan FC, The Red Warior (TRW).
Artikel Berkaitan: Cik B ‘Kagum’ Bibik Sanggup Panjat Pagar Duri, Lari Rumah Ikut Kekasih – ‘Harap Lelaki Itu Hargai ..’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Cium Mulut Cik B, Datuk Seri Vida Ditegur Netizen – ‘Datuk Kena Belajar Sex Education Ni’
Tuntut ilmu TMJ
Memetik Sinar Harian, Vida atau nama sebenarnya Hasmiza Othman berkata dia juga mempunyai impian untuk bertemu dan menuntut ilmu dengan pemilik kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) iaitu Tengku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim.
Menjadi penaja dan pemilik adalah perkara berbeza. Sebagai persiapan, saya perlu mendapatkan seberapa banyak ilmu bagi melancarkan lagi pengurusan jika mengambil alih pasukan (Kelantan FC).
Besar harapan saya agar Tuanku dapat menerima hasrat ini. Pembaharuan dan nafas baharu yang disuntik oleh Tuanku dalam arena bola sepak Kelantan wajar dijadikan sebagai panduan oleh saya sebagai orang baharu.
Tambah Vida, ilmu pengurusan bola sepak yang betul perlu dimiliki jika mahu terus bertahan dalam menguruskan pasukan dan dia tidak mahu sekadar ‘hangat-hangat tahi ayam’ dalam memulihkan semula Kelantan FC.
Jelas usahawan berasal dari Kelantan itu lagi, dia sendiri akan turun ke Johor Baharu bagi menyaksikan final Piala FA antara JDT menentang Kuala Lumpur City pada 22 Julai ini.
Sementara itu, memetik Harian Metro, pemilik skuad TRW, Norizam Tukiman mendedahkan nama Vida tidak akan diumumkan sebagai rakan kongsi terbaharu Kelantan FC.
Menurut Norizam, sebaliknya pihaknya akan mengumumkan nama seorang VVIP yang akan bersama memacu pasukan tersebut, pada petang ini.
Terdahulu, Vida dan seorang lagi individu bernama Erfan Akif yang juga usahawan pusat kecergasan dikatakan pesaing yang akan membeli TRW daripada Norizam.
Sumber: Sinar Harian, Harian Metro