Anak lelaki kepada usahawan terkenal, Datuk Seri Vida iaitu Kacak telah melakukan kejutan yang sangat istimewa buat ibunya bersempena ulang tahun kelahiran.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Kacak Pertahankan DSV Dari Kecaman Netizen – ‘Saya Sedih Sangat Bila Orang Judge Mama Tanpa Tahu Peritnya Kehidupannya Dahulu’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Cik B Sambung Belajar Ke Sepanyol, Datuk Seri Vida Sedih Terpaksa Berjauhan – ‘Demi Masa Depan Anak Mama Yang Hebat’
Happy birthday mama
Menerusi sebuah video di Instagram, Vida dipercayai terlupa mengenai tarikh ulang tahun kelahirannya. Sebaik sahaja tiba di dalam rumah, Kacak kelihatan membawa sebiji kek yang tertera ‘Happy Birthday My Lovely Mama, I Love You’.
Vida yang kelihatan mengantuk dan letih pada masa itu kelihatan terkejut melihat usaha yang dilakukan oleh Kacak.
Lebih menyentuh perasaan, Kacak dilihat menyuap kek kepada ibunya sambil meluahkan rasa sayang. Bukan itu sahaja, Vida turut menerima kiriman mesej daripada anak perempuannya iaitu Cik B yang kini berada di Sepanyol.
Ucapan yang dikirim oleh Cik B itu berjaya membuatkan Vida mengalirkan air mata.
Happy birthday mama. Terima kasih selalu doakan Cik B dan sayang Cik B. Semoga mama menjadi lebih kaya dan banyak duit. Semoga mama sentiasa gembira, dipermudahkan segala urusan. Terima kasih menjadi mama yang hebat. Cik B sayang mama. Minta maaf Cik B bukan anak yang terbaik.
Di akhir video, Vida berdoa agar Allah ampunkan segala dosa-dosanya, anak-anak, keluarga, guru-guru, rakan-rakan dan stafnya.
Video
View this post on Instagram
Sumber: Vida