Usahawan Datuk Seri Vida antara yang menyaksikan insiden dua pereka fesyen, Razman dan Razmi diserang seorang jurugambar pada sebuah acara anugerah yang berlangsung malam tadi.
Artikel Berkaitan: Zahnita Wilson Dedah Mata Lebam Sebab Dipukul Suami, Sudah Jadi Mangsa Keganasan Rumah Tangga Selama 20 Tahun
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Digantung & Ditunda Untuk Disita, InsyaAllah Saya Di Pihak Yang Benar’ – Vida
Terjadi depan mata
Ketika ditemui OhBulan!, Vida atau nama sebenarnya Hasmiza Othman sangat terkesan dengan kejadian tersebut berikutan dia menyangka pada awalnya itu hanyalah gurauan.
Saya terkejut dengan kejadian itu, kepala saya sakit sebab saya tak pernah tengok perkara itu berlaku di depan mata dan saya ingat itu hanyalah gurauan.
Menurut usahawan berusia 53 tahun tersebut, jurugambar berkenaan tidak sewajarnya bertindak melulu dengan mencederakan pereka fesyen itu.
Saya kenal mereka dan takkanlah boleh jadi sampai sebegitu. Ia juga berlaku sangat pantas.
Tak boleh ke berbincang? Kenapa ketika majlis sebegini di tengah ramai orang, tak takut kena hukum ke?
Pukul di hadapan orang ramai. Kalau ada masalah sekalipun banyak lagi cara yang boleh diselesaikan tapi bukan begini. Ini menganiaya orang.
Vida trauma
Dalam pada itu, Vida menyifatkan pereka fesyen berkenaan adalah teman yang sangat baik malah dia tidak pernah mengetahui mereka mempunyai masalah kewangan.
Mengenali mereka, setahu saya mereka tidak berkait dengan hutang. Dia kalau buat apa-apa pun biasanya akan selesaikan kerja.
Saya tak boleh tahan tengok luka berdarah-darah. Tak boleh nak hadam.
Dalam kejadian yang berlaku di sebuah hotel di Petaling Jaya itu, Razman Razmi cedera di bahagian muka selepas diserang dan dipukul oleh seorang jurugambar lelaki.
Mereka kemudian menerima rawatan sebelum pihak penganjur bertindak membuat laporan polis. Difahamkan jurugambar tersebut bertindak agresif kerana didakwa mempunyai masalah hutang dengan pereka fesyen tersebut.
@ohbulanofficial Replying to @pejuangjalurlangit Allahu, sampai macam tu sekali ??#ohbulan #fyp #news #datoserivida #trauma #lihat #pereka #fesyen