Tular di media sosial mengenai satu video pasangan pengantin di Indonesia yang menggunakan tiket konsert Coldplay sebagai mas kahwin bagi perkahwinan mereka.
Artikel Berkaitan: Tiket Konsert Coldplay Jadi Mas Kahwin Buat Isteri
Mas kahwin tidak sah
Gambar sekadar hiasan
Perkara itu diulas sendiri oleh Mufti Pahang, Datuk Seri Abdul Rahman Osman yang memaklumkan bahawa pemberian tiket konsert band terkenal England itu adalah tidak sah kerana ia tidak mempunyai nilai.
Bukan itu sahaja, cara yang digunakan pasangan pengantin itu juga bercanggah dari hukum syarak.
Mas kahwin ini adalah sesuatu yang bernilai dan berharga, adakah tiket itu termasuk? Kalau di Pahang RM22.50.
Ia merupakan satu pemberian suami kepada isteri. Jika gagal penuhi mas kahwin, wajib bayar semula hutang itu.
Tiket itu mana nilainya, daripada segi syarak bercanggah. Memang individu itu memberi mas kahwin 21 gram emas, seperangkat alat solat tetapi itu sahaja yang diterima, tetapi tidak termasuk tiket Coldplay.
Dalam pada itu, Abdul Rahman menjelaskan bahawa meskipun tidak disebut berapa dan apakah mas kahwinnya, sesuatu perkahwinan itu tetap sah dihukum syarak.
Namun, sekiranya hanya tiket Coldplay dijadikan sebagai mas kahwin maka ia tidak sah kerana disifatkan tiada nilai.
Terdahulu, tular di media sosial mengenai video memaparkan pasangan pengantin di Indonesia yang memberikan tiket konsert Coldplay sebagai mas kahwin perkahwinannya.
Video tersebut mendapat pelbagai respon dari wargamaya.
Video
@teteh_81 semoga sakinah mawadah warohmah ??? #pengantinbaru #pengantinviral2023 #coldplayjakarta #tiket #maskawin #konsercoldplay #konsercold ? suara asli – ??Teteh ??
Sumber: Sinar Harian, TikTok