berita

[VIDEO] Wah! Aida Dah Berjaya… Salute Dengan Aida Sebab Bijak Urus Hal Bisnes & Keluarga!

May 10th, 2021 | by Intan Mahsuri
Kini Trending

Setiap tahun iklan raya Tenaga Nasional Berhad (TNB) tidak pernah menghampakan kita. Maka, tak hairanlah jika ada diantara kita yang excited setiap tahun semata-mata nak tengok iklan raya. Ye la! Iklan raya selalunya sangat menyentuh jiwa dan sarat dengan mesej positif yang ingin disampaikan.

Korang masih ingat Aida? Alaaa.. Karakter utama dalam Dugaan Raya Aida tahun 2017, dulu? Kali ini Aida dah berjaya. Kalau dulu Aida hanya ambil tempahan kuih raya kecil-kecilan, tapi sekarang Aida dah jadi usahawan berjaya.

Aida dah jadi usahawan kuih raya terkenal!

Akhirnya dapat jugak Aida buat perkara yang dia suka. Siap jadi usahawan terkenal. Alhamdulillah, berkat usahanya, Aida dah ada rumah, kereta dan keluarganya yang dulu tinggal di kampung sekarang dah duduk bersama Aida. Dapat la Aida berkongsi rezekinya dengan keluarga.

Terima banyak tempahan! Maju betul bisnes Aida…

Aida ni memang sibuk bila bulan puasa, tempahan biskut raya dia dapat permintaan tinggi. Non-stop tau tempahan yang Aida terima. Korang bayangkanlah, Live instagram dia 20 ribu lebih orang yang tengok. Order kuih raya banyak, tak berhenti-henti pulak tu. Power sungguh!

Pandemik eratkan hubungan Aida dan keluarga.

Namun, siapa mampu menduga kan? Di saat bisnes Aida berkembang maju, pandemik Covid-19 datang menduga. Aida terpaksa menutup bisnesnya sementara dan menyuruh pekerja-pekerjanya pulang ke kampung atas faktor keselamatan.

Akan tetapi setiap dugaan pasti ada hikmahnya. Jika dahulu Aida sibuk berbisnes dan dalam tak sedar dah kurang meluangkan masa dengan keluarga kini, dia siap boleh tolong ibunya memasak, bantu adiknya siapkan kerja rumah dan habiskan masa bersama keluarga menonton rancangan kegemaran mereka.

Melihat senyuman diwajah ibu dan adik-adiknya, Aida sedar bahawa selama ini dia terlalu sibuk sehingga keluarga terabai dan memohon maaf kepada ibunya diatas kesilapan dirinya sebelum ini.

Walaupun singkat, namun iklan raya TNB ini sangat sarat dengan pengajaran. Di sebalik setiap ujian, pasti ada hikmahnya yang tersendiri. Ingatlah semua seberapa sibuk pun kita jangan sesekali kita abaikan ahli keluarga kita kerana merekalah yang selalu ada bersama di saat susah, senang dan bahagia.

Jom tonton Hikmah Raya Aida. Korang pasti suka!

Akhir kata, kita seharusnya bersyukur kerana masih memiliki ahli keluarga di sisi. Maka, jangan disia-siakan kehadiran mereka. Luangkan masa yang bermakna bersama mereka di mana juga kita berada, agar hubungan yang terbina lebih utuh dan erat. Selamat Hari Raya semua!

Oh dan last sekali, kalau korang peminat setia si Jero, kameo watak kucing femes dalam setiap filem pendek TNB,  jangan lupa untuk ikuti update Jero di Instagram TNB ye!

 

 

SKIP THIS AD ×