berita

[VIDEO] Wajah ‘Malu-Malu’ Tengku Hassanal Ketika Dicium Pipi Oleh Bondanya Bikin Netizen ‘Cair’

December 16th, 2019 | by Shahira
Kini Trending

Seperti yang sedia maklum, Anakanda KDYMM Agong dan Raja Permaisuri Agong yang juga merupakan Pemangku Sultan Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Sultan Abdullah baru sahaja menamatkan latihan ketenteraan di Akademi Tentera Diraja Sandhurst, United Kingdom. Majlis pentauliahan tersebut turut dihadiri oleh ahli keluarga yang datang untuk memberi sokongan.

Majlis Perbarisan Tamat Latihan

Kejayaan yang dikecapi Tengku Hassanal menjadi kebanggaan mereka sekeluarga terutamanya bondanya, iaitu Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah. Di Twitter, baginda telah berkongsi video dan foto ketika majlis pentauliahan sedang berlangsung.

Video yang dikongsikan Raja Permaisuri Agong memaparkan Tengku Hassanal bersama rakan-rakannya sedang melakukan perbarisan sempena istiadat Majlis Perbarisan Tamat Latihan Akademi Tentera Diraja Sandhurst, United Kingdom.

Tengku Hassanal

Sweet je!

https://www.facebook.com/BeritaRTM/videos/1749571645174043/

Namun, apa yang lebih menarik perhatian adalah video yang dikongsikan di Facebook, Berita RTM dimana Raja Permaisuri Agong dengan selamba telah mencium pipi anakandanya itu di khalayak ramai. Wajah Tengku Hassanal pada ketika itu kelihatan seperti segan silu dan malu-malu dengan tindakan bondanya.

Menerusi rakaman video tersebut juga dapat dilihat Tengku Hassanal sempat menyembah hormat bondanya.

Super cute!

Perkongsian video itu telah menarik perhatian warganet yang rata-ratanya berbangga melihat kejayaan yang dikecapi oleh putera sulung KDYMM Agong dan Permaisuri dan tidak kurang juga ada dalam kalangan warganet yang terhibur dengan aksi ‘sweet’ kedua-dua beranak ini.

Sumber: Berita RTMTunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah

SKIP THIS AD ×