Personaliti media sosial, Agy menyedari penampilan rambut panjang yang digayakan menjadi topik bualan ramai malah ada segelintir yang beranggapan dia ingin mengubah identiti menjadi seorang wanita.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Didakwa Tak Hormat Penyampai Anugerah, Agy Tampil Beri Penjelasan & Mohon Maaf
Artikel Berkaitan: Agy Gembira Strategi Guna Ahli Keluarga Untuk Undi Dapat Hasil – ‘Itu Idea Pak Long Saya’
Bersolek bukan wanita saja
Bagaimanapun, Agy tetap dengan pegangan tidak akan melakukan perbuatan yang salah dari segi agama. Kata Agy, 29, zaman kini bersolek bukan hanya untuk golongan perempuan kerana lelaki juga melakukan perkara sama.
Dulu saya tampil dengan rambut pendek tapi sekarang ini rambut saya dah panjang, jadinya orang luar nampak penampilan saya ke arah feminin.
Wajah saya ini diibaratkan seperti ‘androgynous’. Janganlah salahkan saya sebab memiliki wajah seperti ini.
Saya tak pernah terfikir nak ubah dan saya tegaskan ini adalah wajah asli saya. Kemungkinan struktur wajah saya kelihatan seperti lelaki dan perempuan, itu yang orang keliru.
Kalau bercakap hal solekan, zaman sekarang ini ramai saja lelaki bersolek untuk kecantikan diri. Tapi, sejujurnya saya tak pernah simpan niat nak jadi perempuan. Dengan umur saya yang nak masuk 30-an, memang tidaklah.
Agy berkata demikian ketika Majlis Pelancaran Muzik Video ‘Uno Dos Tres’ yang diadakan di Thong Bowl Sri Petaling, baru-baru ini.
Netizen memang suka cari salah orang
Tambah pemilik nama Muhammad Affizy Mohd Khairy, dia tidak akan melakukan pembedahan mengubah bentuk muka atau menanam jambang semata untuk membuktikan dirinya lelaki.
Personaliti saya memang begini dan saya adalah lelaki. Saya harap orang ramai boleh terima saya seadanya.
Tak mungkinlah saya nak kena buat pembedahan seperti tanam jambang atau ubah bentuk muka semata-mata nak nampak lelaki.
Ia soal penerimaan masing-masing. Ada juga perempuan yang wajah mereka seakan lelaki. Biasalah netizen memang suka cari salah orang walaupun saya lihat isu ini biasa-biasa saja.
Dalam pada itu, Pemenang Video Of The Year di anugerah TikTok Awards Malaysia 2024 memberitahu dia lebih sensitif dengan perasaan ahli keluarganya apabila dirinya dilemparkan dengan komen-komen negatif.
Kata Agy, dia tidak pernah mengambil peduli dengan kecaman ‘pedas’ dan pedih.
Kalau tanya pada saya, saya memang tak rasa kecil hati pun. Tapi ahli keluarga terutama ibu dan ayah terasa hati.
Lagipun umur saya dah lewat 20-an, takkanlah baru nak jadi pondan. Tapi bila melibatkan fesyen, saya lihat ramai saja yang berfesyen sama seperti saya.
Cuma mereka memiliki wajah lelaki berbanding saya. Saya anggap ini adalah keunikkan yang ada pada diri saya. Ini rezeki, saya kenalah terima sebaiknya.
@ohbulanofficial Agy menyedari penampilan rambut panjang yang digayakan menjadi topik bualan ramai malah ada segelintir yang beranggapan dia ingin mengubah identiti menjadi seorang wanita. #ohbulan #fyp #news #agy #penampilan #wanita #identiti #tak #pernah #niat #nak #jadi #perempuan ? original sound – OHBULAN!