berita

[VIDEO] ‘Walaupun Hanya 5 Liter’ – Arab Saudi Sudah Tidak Benarkan Air Zam Zam Dibawa Pulang Ke Malaysia?

October 25th, 2021 | by Shahira
Kini Trending

Kebiasaannya, umat Islam yang berpeluang mengerjakan ibadah umrah atau haji di Tanah Suci Mekah pastinya akan membawa pulang air zam zam buat saudara-mara di tanah air.

Walau bagaimanapun, sejak beberapa tahun lalu, kerajaan Arab Saudi tidak lagi membenarkan jemaah haji atau umrah membawa balik air zam zam dalam jumlah yang banyak namun hanya sekadar lima liter bagi setiap jemaah secara percuma.

Air zam zam tak boleh dibawa balik?

Baru-baru ini viral satu video di TikTok yang menggunakan nama Masjid Besi memaklumkan bahawa jemaah haji atau umrah kini tidak lagi dibenarkan untuk membawa balik air zam zam ke tanah air terutamanya jika jemaah terbang menerusi lapangan terbang baharu di Jeddah.

Kepada para mutawif, nak beritahu..untuk lapangan terbang baharu, air zam-zam tidak dibenarkan bawa balik. Maksudnya, jemaah tak diberikan walaupun 5 liter pun untuk dibawa balik. Jadi beritahu jemaah minum puas-puas di sini sebab memang ia adalah barang larangan.

Bukan itu sahaja, individu ini juga mendakwa kemungkinan itu adalah peraturan baharu yang ditetapkan oleh kerajaan Arab Saudi. Dakwanya lagi, air zam zam juga sudah tidak djiual di lapangan terbang.

Tadi nak bawa masuk tapi tak dibenarkan. Di lapangan terbang juga tidak ada penjualan air zam zam. Maksudnya, mungkin ini peraturan baharu kerajaan Arab Saudi yang mana mereka tak benarkan air zam zam dibawa balik atau dibawa keluar dari sana. Jadi, nak beritahu kawan-kawan supaya jangan beli air zam-zam bila nak ke lapangan terbang sebab memang tak dibenarkan.

Video TikTok

@masjidbesiAir Zam-Zam tidak dibenarkan dibawa balik ke Malaysia ##fyp ##airzamzam? original sound – Masjid Besi


Menjengah di ruangan komen, ramai netizen meluahkan rasa tidak puas hati dan kecewa dengan larangan membawa pulang air zam zam ke tanah air. Malah ada segelinitir daripada mereka berpendapat kemungkinan ‘peraturan baharu’ itu dibuat kerana mahu mengelakkan penjualan air zam-zam oleh jemaah kepada orang tempatan.

Sumber: Masjid Besi

SKIP THIS AD ×