Viral di TikTok, sebuah rakaman video yang memaparkan keluarga kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin tetap menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-7 semalam, sebagai tanda ingatan.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Mommy Bangga Dapat Lahirkan Abang, Penghuni Syurga Allah’ – Ibu Zayn Rayyan
Kanak-kanak syurga
Menerusi perkongsian tersebut, ibunya, Ismanira Abdul Manaf, 29, berkata, tahun ini kali pertama dia dan suami menyambut ulang tahun kelahiran Zayn Rayyan bersama seorang lagi anak mereka tanpa kehadiran kanak-kanak syurga itu.
Setiap tahun kami tak pernah lepaskan peluang untuk sambut birthday (hari jadi) Abang dan Adik, my February Babies (anak Februariku) dua ketul (orang) ni (ini).
Sayu hati kami, tapi kami tetap cuba untuk senyum sebab kami nak sedapkan hati masing-masing je (saja).
Tambah Ismanira, biarpun anaknya sudah tiada, dia tetap menganggap anak istimewanya itu berada bersama mereka.
Walaupun kita dah berbeza alam, mommy anggap Abang ada je sama-sama dengan kami semalam sambut birthday sama-sama. Selamat ulang tahun yang ke-7 Abang, cinta hati sulung mommy, semoga Abang ditempatkan di syurga Allah yang terbaik.
Ismanira turut berkongsi gambar mereka tiga beranak bersama kek bertemakan dinosaur yang turut memaparkan nama Zayn Rayyan.
Pada 5 Disember tahun lalu, Zayn Rayyan, 6, dilaporkan hilang di Damansara Damai di sini, sebelum ditemukan meninggal dunia berhampiran aliran anak sungai, kira-kira 200 meter dari blok rumahnya di Apartmen Idaman pada keesokannya.
Kanak-kanak itu dipercayai dibunuh susulan hasil bedah siasat menemukan kesan kecederaan pada leher serta badan kerana mempertahankan diri dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain, pihaknya tidak pernah menghentikan siasatan kes pembunuhan kanak-kanak itu biarpun dua bulan tragedi itu berlaku.
Katanya, biarpun berdepan cabaran termasuk mengesan lokasi utama kes pembunuhan itu, pihaknya tidak berputus asa dan meneliti setiap maklumat diterima untuk menyelesaikannya kes itu.
Video
@cikpika_pika_ii Happy Birthday sayang Zayn Rayyan ????#CapCut #fyp? #foryoupage #alfatihah #justiceforzayn #zaynrayyan #anakautisme #anaksyurga #keadilan
? original sound – Syafieqa_Ramadhan ii – Syafieqa_Ramadhan ii
Sumber: TikTok